Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RIADAH SILATURAHIM RBAirF HEADQUARTERS WITH RBAirF CIVIL MANPOWER OFFICE

Rimba Air Base, Friday, 02 April 2021 – RBAirF Headquarters held Riadah Silaturrahim with RBAirF Civil Manpower Office at RBAirF Recreational Track, Rimba Air Base.

Present as the guest of honour was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of RBAIRF. Also present were RBAIRF's Board Executives, Senior Officers, Officers, RBAirF Headquarters and Civil Manpower Office personnel.

The programme began with the recital of Surah Al-Fatihah followed by safety briefing and warm up by Corporal Muhammad Naasirudden bin Asmat, RBAirF Physical Training Instructor. The track takes about 30 minutes, covering a distance of 2.3 kilometres.

The aim for this activity is to strengthen the relationship between RBAirF military and civilian personnel as well as to introduce the track and Taman Riadah for the use of all RBAirF personnel. Furthermore, it is to appreciate the cooperation and commitment the Civil Manpower Office have contributed to RBAirF. 


RIADAH SILATURRAHIM MARKAS TUDB BERSAMA PEJABAT PENTADBIRAN AWAM TUDB

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Jumaat, 02 April 2021 – Markas TUDB telah mengadakan Acara Sukan Riadah Silaturrahim bersama Pejabat Pentadbiran Awam TUDB di Trek Rekreasi TUDB.

Hadir sebagai Tetamu Kehormat ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, anggota Markas TUDB dan anggota awam TUDB.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan taklimat keselamatan dan pemanasan badan oleh Kopral Muhammad Naasirudden bin Asmat, Jurulatih Jasmani TUDB. Trek riadah ini mengambil masa kira-kira 30 minit dengan jarak sejauh 2.3 kilometer.

Tujuan aktiviti ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara anggota tentera dan awam TUDB serta memperkenalkan trek dan taman riadah untuk semua anggota TUDB. Disamping itu juga, ianya sebagai penghargaan atas kerjasama dan komitmen Pejabat Pentadbiran Awam TUDB atas sumbangan jabatan ini kepada TUDB.