Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF HELD RECITATION OF SURAH YAASIN AND TAHLIL CEREMONY FOR THE FORMER RBAirF COMMANDER

Bandar Seri Begawan, Monday, 22 November 2021 – The RBAirF held a recitation of Surah Yaasin and Tahlil ceremony for Allahyarham Brigadier General (RTD) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma'awiyah, Permanent Secretary, Ministry of Defence who passed away on Friday, 19 November 2021. The ceremony was conducted virtually throughout the RBAirF.

The ceremony was attended by Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of RBAirF, RBAirF Board of Executives, RBAirF Senior Officers, Officers and Airmen. The ceremony began with the recitation of Sayyidul Istighfar, Surah Yaasin and Tahlil followed by recitation of Doa by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin.

Allahyarham Brigadier General (RTD) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar had contributed immensely to the organisation throughout his career notably when he led the first overseas Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) Mission delegation to Acheh, Indonesia on 12th January 2005. 

Allahyarham Brigadier General (RTD) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar had been in the service for over 30 years since January 1986 and held several key positions in the RBAF. He was previously the 13th Commander of RBAirF on 26th September 2015. He was promoted to Brigadier General on 27 May 2016 and he was bestowed the Darjah Pahlawan Negara Brunei (P.S.P.N.B) Yang Amat Perkasa Darjah Pertama which carries the title Dato Seri Pahlawan by His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on the 15th July 2016. He was then promoted to assume the appointment of Permanent Secretary, Ministry of Defence on 10th August 2018.

Brigadier General (RTD) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar left a widow and 2 children.

TUDB MENGADAKAN MAJLIS BACAAN SURAH YASSIN DAN TAHLIL BAGI ALLAHYARHAM MANTAN PEMERINTAH TUDB

Bandar Seri Begawan, Isnin, 22 November 2021 – TUDB telah mengadakan Majlis Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil bagi Allahyarham Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma'awiyah, Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat, 19 November 2021. Majlis tersebut telah diadakan bersama seluruh unit dan cawangan-cawangan TUDB secara maya.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB, Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, anggota dan kakitangan Awam TUDB. Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Yaasin serta Tahlil dan diikuti dengan bacaan Doa oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin.

Allahyarham Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar telah banyak memberi sumbangan yang besar kepada ABDB sepanjang kerjayanya terutama apabila beliau mengetuai delegasi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Alam yang pertama diluar negara iaitu ke Acheh, Indonesia pada 12 Januari 2005. 

Allahyarham Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar telah berkhidmat selama lebih dari 30 tahun sejak Januari 1986 dan beliau telah memegang beberapa jawatan penting dalam ABDB. Sebelum ini, beliau adalah merupakan Pemerintah TUDB yang ke-13 pada 26 September 2015. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Brigedier Jeneral pada 27 Mei 2016 dan dikurniakan Darjah Pahlawan Negara Brunei (PSPNB) Yang Amat Perkasa Darjah Pertama yang membawa gelaran Dato Seri Pahlawan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 15 Julai 2016. Beliau kemudiannya telah dinaikkan jawatan sebagai Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan pada 10 Ogos 2018.

Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar telah meninggalkan seorang balu dan 2 orang anak.

Allahyarham Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma'awiyah

Gambar kenangan Allahyarham dengan Mejar (U) Hamid bersama pesawat Blackhawk semasa baru tiba di NBD pada tahun 1997

Gambar Kenangan Allahyarham mengetuai rombongan TUDB bersalaman sebelum bertolak ke Aceh bagi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Alam di Acheh, Indonesia pada 12 Januari 2005

Gambar Kenangan Allahyarham yang turut berganding bahu menjalankan tugas semasa di Aceh

– Dari kiri: Kpt (U) Matyussof Kpl (U) Mahdini dan Allahyarham