Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF COMMANDER RECEIVES INTRODUCTORY CALL FROM NEW DEFENCE ADVISOR OF AUSTRALIA TO NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Rimba Air Force Base, Monday, 10 January 2022 – The RBAirF Commander, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Hj Ibrahim received an introductory Call from the new Defence Adviser of Australia to Negara Brunei Darussalam, Wing Commander Matthew Xerri.

During the call, the RBAirF Commander first congratulated the new DA for his appointment to the country and also for his promotion to the rank of Wing Commander. The discussion also touched on the effects of the COVID-19 pandemic on both countries and how it has affected the interactions between the two air forces as well the armed forces in general. The upcoming physical interactions and exchanges of visits between both air forces will continue to be in the works depending on the COVID situation.

The RBAirF Commander also conveyed his gratitude for the hospitality and the quality of training that have been given to the RBAirF officers who are currently attending courses in Australia. Also explored were the opportunities for exchange of personnel such as in the field of training and engineering for sharing of best practices and experience as well as exposure.

Both also discussed on matters of capability. As the RBAirF embarks on a number of capability projects, it looks also to its partners including Australia in sharing operational and training best practices and opportunities.

Wing Commander Matthew Xerri is an RBAF CSC alumni and is the second Defence Adviser posted to Negara Brunei Darussalam.


PEMERINTAH TUDB TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARI PENASIHAT PERTAHANAN AUSTRALIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Selasa, 10 Januari 2022 –Pemerintah TUDB, Yang Mulia Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Hj Ibrahim pada hari ini menerima Kunjungan Pengenalan dari Wing Commander Matthew Xerri, Penasihat Pertahanan Australia ke Negara Brunei Darussalam yang baharu.

Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah TUDB mengutarakan ucapan tahniah kepada Penasihat Pertahanan yang baru sempena lantikan beliau dan juga kenaikan pangkat ke Wing Commander. Perbincangan juga menyentuh tentang impak Pandemik COVID-19 kepada kedua negara yang juga menjejaskan interaksi fizikal di antara kedua buah Tentera Udara dan Angkatan Bersenjata secara amnya. Perjumpaan seumpama ini akan sentiasa dirancang namun masih tertakluk kepada situasi COVID.

Pemerintah TUDB kemudian menyatakan penghargaan beliau kepada layanan baik serta kualiti latihan yang telah diberikan kepada anggota TUDB yang berada di Australia. Juga turut dibincangkan adalah peluang pertukaran anggota kedua Tentera Udara dalam bidang latihan atau kejuruteraan untuk berkongsi amalan terbaik, pengalaman dan juga pendedahan kepada pelbagai aspek.

Keduanya juga berbincang mengenai isu keupayaan. Dalam usaha TUDB mengungkayahkan projek-projek keupayaan, ianya terbuka kepada peluang-peluang pertukaran dan perkongsian amalan terbaik samaada dari segi operasi mahupun latihan bersama Angkatan sahabat.

Wing Commander Matthew Xerri merupakan lepasan Kursus Maktab Turus Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan merupakan Penasihat Pertahanan yang kedua ditugaskan di Negara Brunei Darussalam.