Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

PROMOTION CEREMONY FOR 23 RBAirF OFFICERS

BERAKAS GARISSON, Monday, 04 July 2022 – With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, a total of 54 senior officers and officers of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) have been promoted today in a promotion ceremony that took place at Berakas Garrison Officers' Mess.

Present to award the insignias was Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF.

Present at the promotion ceremony were Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abdul Kadir, Deputy Minister of Defence; Acting Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Services Commanders, Deputy Permanent Secretaries, senior officers and officers of the Ministry of Defence and RBAF as well as families of promoted officers.

23 Royal Brunei Air Force (RBAirF) officers were among those who received their insignias. 1 officer was promoted to Substantive Colonel, 1 promoted to Substantive Major, 16 to Substantive Captains and 5 officers promoted to Acting Captains.

The RBAirF would like to congratulate all the officers who were promoted today and would like to convey our appreciation and thanks to the family members for their endless support of all RBAirF personnel.




MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI 23 PEGAWAI-PEGAWAI TUDB

BERAKAS GARISON, Isnin, 04 Julai 2022 - Dengan Titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 54 orang pegawai-pegawai Kanan dan pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah diperkenankan untuk dinaikkan pangkat hari ini di dalam Majlis kenaikan pangkat yang berlangsung di Mes Pegawai Berakas Garison.

Hadir bagi menyempurnakan majlis kenaikan pangkat ini ialah Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB.

Hadir bagi majlis kenaikan pangkat ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abdul Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan ABDB serta keluarga.

23 orang Pegawai Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) adalah dikalangan pegawai-pegawai yang dinaikkan pangkat tersebut. Ini terdiri dari seorang yang dinaikkan ke Kolonel Tetap, seorang ke Mejar Tetap, 16 orang pegawai dinaikkan ke Kapten Tetap dan 5 orang pegawai ke Pemangku Kapten.

Pihak TUDB merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada kesemua pegawai-pegawai yang dinaikkan pangkat pada hari ini. TUDB juga ingin menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli keluarga anggota di atas sokongan yang telah diberikan kepada anggota-anggota TUDB.