Skip Ribbon Commands
Skip to main content


UNIT AUDIT DALAMAN



UNIT AUDIT DALAMAN LATAR BELAKANG

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memperkenankan bagi Audit Dalaman (Internal Audit) ditubuhkan di Kementerian / Jabatan Kerajaan untuk memeriksa perjalanan perbelanjaan dan pungutan hasil Kementerian / Jabatan sepertimana keputusan Persidangan Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet ke 51 pada 19 Safar 1424H bersamaan 21 April 2003M.

“Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bilangan 10/2003 bertarikh 13 Rejab 1424 bersamaan 10 September 2003 mengenai Penubuhan Audit Dalaman di Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan adalah dengan ini dibatalkan dan digantikan dengan Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bilangan 05/2022 bertarikh 20 Safar 1444 bersamaan 17 September 2022 mengenai Penubuhan Jawatankuasa Audit Dalaman dan Penubuhan Unit Audit Dalaman di Kementerian.” (Petikan dari Lampiran 2, Garispanduan Unit Audit Dalaman kepada Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil: 05/2022 bertarikh 23 Safar 1444 / 20 September 2022).

Unit Audit Dalaman (UAD) di Kementerian Pertahanan ditubuhkan pada tahun 2005.

VISI UNIT AUDIT DALAMAN

Ke arah audit dalaman yang bebas dan berkesan dalam membantu urustadbir pengurusan kewangan yang teratur dan cekap.

MISI UNIT AUDIT DALAMAN
Bagi memberikan jaminan ke atas keberkesanan kawalan dalaman dengan penilaian berasaskan risiko dan memberikan nasihat serta pandangan yang berobjektif.

OBJEKTIF PENGAUDITAN AUDIT DALAMAN

Mengikut Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil: 05/2022, objektif utama pengauditan yang dilaksanakan oleh Unit Audit Dalaman adalah seperti berikut:

a) Memastikan kawalan dalaman dan check and balance wujud dan mencukupi bagi semua pengurusan kewangan.

b) Memastikan langkah-langkah telah diambil untuk melindungi kutipan wang tunai dan diperhitungkan dengan sempurna.

c) Memastikan proses perbelanjaan telah dikendalikan dengan teratur dan sempurna.

d) Memastikan langkah-langkah telah diambil bagi keselamatan harta benda dan dokumen kerajaan.

e) Memastikan pemerolehan termasuk proses tawaran sama ada melalui Jawatankuasa Sebut Harga, Lembaga Tawaran Kecil dan Lembaga            Tawaran Negara dilaksanakan dengan teratur dan telus.

f) Mencegah dan mengawal kejadian-kejadian pecah amanah, penyelewengan, penyalahgunaan, pembaziran dan pemborosan.

g) Memastikan kelemahan-kelemahan dalam pengurusan kewangan dan harta benda kerajaan dikesan awal sebelum menjadi kritikal dan              diperbaiki dengan segera.

h) Membantu Pegawai Pengawal (Vote Controller) agar lebih bertanggungjawab (accountable) ke atas pengurusan kewangan dan harta                benda kerajaan.

i) Memastikan Peraturan-Peraturan Kewangan 2022, undang-undang, prosedur-prosedur dan surat keliling yang berkuatkuasa difahami                dan dipatuhi.

j) Menilai tahap pematuhan kepada Peraturan-Peraturan Kewangan 2022, undang-undang, prosedur-prosedur dan surat keliling yang                    berkaitan atau mana-mana peraturan yang berkuatkuasa.

k) Memberikan pandangan yang bebas (independent) dan jaminan yang berobjektif serta cadangan nasihat bagi menambah nilai dan                    memperbaiki operasi pihak yang diaudit.

BIDANG TUGAS UNIT AUDIT DALAMAN

Bidang tugas Unit Audit Dalaman meliputi perkara-perkara berikut:

i. Pemeriksaan dan penilaian serta memberi cadangan penambahbaikan ke atas kawalan dalaman, proses dan pemantauan ke atas                        pengurusan kewangan dan harta benda kerajaan dengan memastikan Peraturan Kewangan 2022, undang-undang, prosedur-prosedur                dan Surat Keliling yang berkuatkuasa dipatuhi oleh setiap pegawai dan kakitangan pihak yang diaudit (Jabatanarah/ Bahagian/ Pejabat/            Unit).

ii. Memastikan tindakan-tindakan penyelesaian diambil oleh pihak pengurusan yang diaudit ke atas teguran dan cadangan Jabatan Audit              dan Unit Audit Dalaman

iii. Menerima dan menyiasat aduan-aduan dari mana-mana pihak termasuk orang ramai.

iv. Menghadapkan draf circular ke Pejabat Urusetia Setiausaha Tetap setiap penghujung Tahun Kewangan (TK) yang                                                mengandungi  penelitian dan penilaian UAD mengenai penemuan-penemuan pengauditan yang telah diperolehi di sepanjang TK                      tersebut untuk mendapat kelulusan Setiausaha Tetap (Dasar, Kewangan dan Pentadbiran).

v. Menghadapkan presentation slides ke Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan, Pejabat Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei                    (ABDB) dan Pejabat Urusetia Setiausaha Tetap melalui persuratan dan emel tidak lewat satu (01) minggu sebelum tarikh mesyuarat                    Jawatankuasa Audit Dalaman dijadualkan.

BIDANG KUASA UNIT AUDIT DALAMAN

Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, Unit Audit Dalaman diberikan kuasa seperti berikut:

i. Melaksanakan penyiasatan dan mengakses dokumen atau rekod yang disimpan oleh pihak yang diaudit tertakluk kepada                                    pengauditan  berkenaan.

ii. Melaksanakan pemeriksaan ke atas aktiviti-aktiviti berkaitan kewangan, program atau harta benda kerajaan di bawah kawalan pihak yang 
        diaudit.

iii. Memanggil atau meminta sesiapa sahaja untuk memberi penerangan dan maklumat yang dikehendaki bagi membantu melaksanakan                pemeriksaan.

iv. Mengadakan pemeriksaan mengejut pada bila-bila masa. 

Pengauditan adalah terhad kepada Jabatanarah/ Bahagian/ Pejabat/ Unit di bawah Kementerian Pertahanan sahaja.

HUBUNGI KAMI
Unit Audit Dalaman
Tingkat 2, Blok D
Bolkiah Garison, Kementerian Pertahanan
Brunei Darussalam

Telefon: +673 2386679

Email: uad@mindef.gov.bn​