Skip Ribbon Commands
Skip to main content

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

​​​​​​​PENDAFTARAN DITUTUP
BAGI BAKAL-BAKAL REKRUT WANITA PENGAMBILAN KE-59
 ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

Pendaftaran telah dibukakan bermula pada 
Hari Isnin, 22 Januari 2024 hingga hari Khamis, 01 Februari 2024.​​​
​​​​​
​​
PENDAFTARAN AKAN DATANG 
BAGI BAKAL-BAKAL REKRUT WANITA PENGAMBILAN KE-60
ANG​KATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI 

Pendaftaran akan dibukakan untuk menceburi Kerjaya Tentera sebagai Bakal Rekrut Wanita Pengambilan ke-60 
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang mana akan menjalankan latihan bermula pada 01 September 2025 hingga 19 Disember 2025 mengikut syarat-syarat kelayakan dan kemasukan yang telah ditetapkan. 

Pendaftaran akan dibukakan bermula pada
Hari Isnin, 13 Januari 2025 hingga hari Khamis, 23 Januari 2025.​
(Tertakluk kepada sebarang perubahan)

Tatacara Pendaftaran

Pejabat Pengambilan melalui Jabatanarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai dengan tatacara pendaftaran Bakal Rekrut Wanita Pengambilan ke-60 ABDB akan diadakan secara PANDU LALU (DRIVE-THRU) sahaja.​

1.  Pendaftaran secara pandu lalu (drive-thru) akan dijalankan bertempat di Pusat Boling Padang, Kompleks Sukan Negara Hassanal BolkiahKeterangan lanjut bagi tempat/lokasi bolehlah melayari di laman sesawang http://www.mindef.gov.bn (Career - Military Recruitment (Female)).

​2.    Pemohon akan menyerahkan risalah-risalah seperti berikut:​​

  •   1x Salinan Kad Pengenalan Pintar,
  •   1x Salinan Sijil-Sijil Akademik. ​

3.    Tarikh dan masa bagi pendaftaran pandu lalu adalah seperti berikut:

Tarikh​13 Januari 2025 hingga 23 Januari 2025
 (kecuali hari Juma'atSabtuAhad dan Hari Kelepasan Awam)

​Jam

0830 pagi hingga 1100 pagi

dan

1430 petang hingga 1600 petang


4.    Peta bagi pendaftaran pandu lalu iaitu di Pusat Boling Padang, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah​ adalah seperti berikut:


5.    Pemohon yang layak akan diberi maklumat (nota kecil) tarikh dan masa untuk hadir ke Pejabat Pengambilan ABDB bagi proses seterusnya iaitu pemeriksaan ketinggian, berat badan dan Indeks Jisim Tubuh (IJT) serta pengisian Deklarasi Sejarah Kesihatan.

6.  Tahap Kesihatan.   Pemohon hendaklah membuat pengesahan sihat sepenuhnya untuk menjalani ujian fizikal semasa proses pengambilan serta mempunyai tahap kesihatan pergigian yang baik. Pemohon dikehendaki mengisi Borang Deklarasi Kesihatan dan menjalani tapisan awal pemeriksaan kesihatan sebelum layak ke proses selanjutnya. Tapisan awal ini termasuk pemeriksaan melalui sistem Bru-HIMS, di mana pemohon secara automatik memberi kebenaran kepada pihak ABDB untuk mengakses rekod sejarah kesihatan mereka melalui Bru-HIMS. Pemohon juga perlu lulus tapisan awal deklarasi sejarah kesihatan iaitu tidak mempunyai sejarah perubatan yang memerlukan pemantauan berpanjangan dari mana-mana pihak atau klinik, seperti berikut:

  • Masalah kesihatan seperti penyakit kronik, masalah pernafasan, masalah jantung, masalah mental, masalah kulit (eczema, moderate-severe acne, keloid dan sebagainya).
  • Tidak ada kesan sampingan serius dari kecederaan bahagian tubuh badan seperti patah tulang dan sebagainya.
  • Perjanjian dengan mana-mana klinik kerajaan atau luar (Pemohon hendaklah selesai perjanjian sepenuhnya dengan baik).
  • Rawatan ubat-ubatan secara rutin atau berkala.
  • Tidak memerlukan rawatan lebih lanjut seperti physioterapi dan seumpamanya.
  • Tidak ada masalah pendengaran.
  • Tidak cacat anggota.
  • Tidak mempunyai diagnosis jenis penyakit atau kriteria lain yang disenarai dalam garis pandu PULHHEEMS yang boleh mengeluarkan pemohon dari proses selanjutnya.

7.    Semasa pemeriksaan ketinggian, berat badan dan Indeks Jisim Tubuh (IJT), mana-mana pemohon yang kurang sihat hendaklah memakai sungkup muka (face mask).

8   Makluman seterusnya akan disampaikan kepada pemohon yang telah lulus proses kemasukan dan pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh (IJT) yang dinyatakan di atas.

9.    Pemohon-pemohon yang tidak layak atau tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan tidak akan di proses.​​​​

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------​

Pemohon-pemohon mestilah berumur 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun (0 bulan 0 hari) pada

12 September 2025.

Alamat Pejabat Pengambilan (pemohon akan hadir mengikut giliran yang diberikan):

Pejabat Pengambilan, Jabatanarah Keanggotaan, Bolkiah Garison

(berdekatan dengan Bangunan Pancaragam ABDB)


Pemohon-pemohon mestilah membawa risalah-risalah seperti:

​- Kad Pengenalan Pintar Asal.

- Sijil Kelulusan Akademik Sekolah yang asal.


​Pemohon-pemohon mestilah berpakaian kemas semasa sesi pendaftaran.


Utk Website Wanita 01.jpg​​

​​​Tempat Letak Kereta:

Kawasan letak kereta di belakang bangunan Pancaragam ABDB

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: 

Pejabat Pengambilan Jabatanarah Keanggotaan 
Bolkiah Garison  
Tel: 2385273

Atau layari laman web: 

http://www.mindef.gov.bn (Career - Military Recruitment (Female)).

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------​

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN DAN KEMASUKAN BAGI MENCEBURI KERJAYA TENTERA 

SEBAGAI BAKAL REKRUT WANITA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

Berikut adalah syarat-syarat kategori dan kemasukan serta proses pemilihan bagi yang berminat untuk menceburi Kerjaya Tentera sebagai Bakal Rekrut Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.​

1.   Kategori.​   Terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang mempunyai Kad Pengenalan Pintar berwarna 'KUNING' ​sahaja dan terdiri daripada 2 kategori di bawah ini:​

​Kategori A
Kategori B
Terdiri dari​​​​​ salah satu daripada 7 puak jati Bangsa Melayu seperti berikut:

a)     Brunei​

b)     Tutong

c)     Belait

d)     Kedayan

e)     Dusun

f)      Murut

g)     Bisaya
​a) Mempunyai surat kuasa undang-undang negara bertulis mengenai dengan KERAKYATAN.

b)    Pemohonan yang lahir di luar negara.

c)     Bukan dari puak jati Bangsa Melayu (seperti di Kategori A).

d)  Pemohon hendaklah berugama Islam serta menurut adat resam Melayu.

e)    Pemohon hendaklah menghadapkan surat permohonan untuk masuk berkhidmat dengan ABDB berserta dengan risalah yang diperlukan.

2.   Taraf Kelamin.  Pemohon adalah berstatus bujang, tidak pernah berkahwin, tidak pernah mengandung dan tidak pernah melahirkan anak.

3.    Umur.​​   Pemohon hendaklah berumur diantara 18 tahun hingga 25 tahun dan tidak melebihi 25 tahun 0 bulan 0 hari pada 12 September 2025.

4.   Ketinggian Badan dan Indeks Jisim Tubuh.​  Sihat tubuh badan dan memenuhi syarat ketinggian dan Indeks Jisim Tubuh Badan (IJT) seperti berikut:

KelayakanCatitan​
​Ketinggian​Minima 152cm (5 kaki)
​Indeks Jisim Tubuh (IJT) atau Body Mass Index (BMI)
​Lingkungan 19 hingga 27 IJT/BMI​

​5.   Tahap Kesihatan.   Pemohon hendaklah membuat pengesahan sihat sepenuhnya untuk menjalani ujian fizikal semasa proses pengambilan serta mempunyai tahap kesihatan pergigian yang baik. Pemohon dikehendaki mengisi Borang Deklarasi Kesihatan dan menjalani tapisan awal pemeriksaan kesihatan sebelum layak ke proses selanjutnya. Tapisan awal ini termasuk pemeriksaan melalui sistem Bru-HIMS, di mana pemohon secara automatik memberi kebenaran kepada pihak ABDB untuk mengakses rekod sejarah kesihatan mereka melalui Bru-HIMS. Pemohon juga perlu lulus tapisan awal deklarasi sejarah kesihatan iaitu tidak mempunyai sejarah perubatan yang memerlukan pemantauan berpanjangan dari mana-mana pihak atau klinik, seperti berikut:

  • Masalah kesihatan seperti penyakit kronik, masalah pernafasan, masalah jantung, masalah mental, masalah kulit (eczemamoderate-severe acne, keloid dan sebagainya).
  • Tidak ada kesan sampingan serius dari kecederaan bahagian tubuh badan seperti patah tulang dan sebagainya.
  • Perjanjian dengan mana-mana klinik kerajaan atau luar (Pemohon hendaklah selesai perjanjian sepenuhnya dengan baik).
  • Rawatan ubat-ubatan secara rutin atau berkala.
  • Tidak memerlukan rawatan lebih lanjut seperti physioterapi dan seumpamanya.
  • Tidak ada masalah pendengaran.
  • Tidak cacat anggota.
  • Tidak mempunyai diagnosis jenis penyakit atau kriteria lain yang disenarai dalam garis pandu PULHHEEMS yang boleh mengeluarkan pemohon dari proses selanjutnya.​

6.  Tapisan Keselamatan.  Setiap pemohon hendaklah bebas daripada sebarang kesalahan awam atau jenayah, tidak pernah disabit atau diadu, tidak pernah terlibat dengan mana-mana kesalahan yang melibatkan agensi luar seperti Pasukan Polis Diraja Brunei, Mahkamah Awam dan Syariah, Biro Kawalan Narkotik, Biro Mencegah Rasuah dan sebagainya. Setiap pemohon akan menjalani Tapisan Keselamatan (Security Vetting) dan Ujian Air Kencing (UAK) yang akan dikendalikan oleh pihak ABDB.

7.  Kelayakan Akademik.    Pemohon mestilah mempunyai kelayakan akademik seperti berikut:

  • ​Minima 2 Kredit (Gred A, B atau C) Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge peringkat biasa 'O' Level di dalam apa sahaja mata pelajaran.
  • BTEC Level 2 Extended Certificate.
  • ISQ (Industrial Skill Qualification).
  • BDTVEC Skill Certificate 2.
  • NTC 2 (National Trade Certificate).
  • STPUB.
  • dan yang sebanding dengan 2 Kredit 'O' Level (Gred A, B atau C).

​​​Pemohon yang mempunyai Kelulusan Tertinggi (HND) ke atas hendaklah menghadapkan surat permohonan masuk berkhidmat sebagai Bakal Rekrut. Setiap kelulusan hendaklah mendapat pengiktirafan daripada pihak Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan (MKPK)​ Negara Brunei Darussalam.​​

Proses ​Ujian/Pemilihan​.

Pemohon yang telah me​menuhi syarat-syarat kategori dan kemasukan akan dipanggil bagi mengikuti Proses Pemilihan sepertimana yang dihuraikan di bawah ini.​

FASA​​​PROSES UJIAN YANG DIJALANKAN ​ ​ ​ ​

FASA PERTAMA

1. Memenuhi syarat-syarat kemasukan dan kelayakan yang telah ditetapkan.

2. Pemeriksaan Ketinggian Badan dan Indeks Jisim Tubuh Badan (IJT/BMI).​ 

3. Tapisan Awal Kesihatan (Borang Deklarasi Kesihatan).

*Nota: Calon akan dikeluarkan jika tidak memenuhi kriteria semasa pemeriksaan awal kesihatan.

​​








​FASA KEDUA
 ​​​
​​



UJIAN BERTULIS
  1. ​Ujian Aptitude
  2. Literasi


UJIAN RENANG

Berenang sejauh 50 meter (Kuak Dada dan Kuak Bebas sahaja).

* Calon yang gagal ujian renang tidak aka​​n mengikuti proses seterusnya.







UJIAN KETAHANAN JASMANI ​


Ujian​​Masa/Reps​​​ ​
Catitan

Larian 2.4 Km

Tidak boleh melebihi 14 minit 45​ saat






Mesti lulus semua ujian​ ​ ​

Sit up

Tidak boleh kurang

dari 35 reps


Push up

Tidak boleh kurang

dari 35 reps




FASA KETIGA

1.   ​​​Tapisan Keselamatan.

2.   Pemeriksaan Pergigian.

3.   Pemeriksaan Kesihatan.

* Disahkan oleh Pegawai Pergigian & Pegawai Perubatan ABDB. ​​


FASA KEEMPAT

1.   Temuduga Unit-Unit.
2.​ ​ ​ ​Pemeriksaan Kesihatan Terakhir.

**NOTA : Proses Ujian/Pemilihan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan.​


PERINGATAN:

1.      Pemohon yang LULUS secara keseluruhannya dan yang telah DISOKONG PENUH oleh Badan Temuduga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan diserahkan kepada Kompeni Rekrut Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Penanjong Garison bagi mengikuti latihan iaitu Holding Platoon selama 02 minggu dan Latihan Asas Ketenteraan selama 03 bulan.  

2.   Perlu diingatkan bahawa pemohon yang LULUS secara keseluruhannya dan telah DISOKONG PENUH hendaklah mempunyai Indeks Jisim Tubuh (IJT/BMI) pada lingkungan yang telah ditetapkan iaitu antara 19 hingga 27 sebelum tarikh melapor bagi mengikuti latihan dilaksanakan. Mana-mana pemohon yang tidak memenuhi kriteria ini sepertimana yang digariskan tidak akan dipertimbangkan untuk mengikuti latihan yang dipohonkan.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pejabat Pengambilan ABDB pada waktu berkerja.

Tel:  2385273