Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

THANKSGIVING CEREMONY IN CONJUNCTION WITH RBAF 62ND ANNIVERSARY

​RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 30 May 2023 – In celebrating the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 62nd Anniversary, a Thanksgiving Ceremony was held at the Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base (Rimba AFB) earlier this evening. In attendance was Yang Mulia Lieutenant Colonel (U) Haji Mohammad Albadii Shahnoel bin Haji Mohamad Noeh, Chief of Staff of Royal Brunei Air Force (RBAirF). Also present were Officers, personnel of RBAirF and local congregants.

The ceremony began with the recital of Al-Quran by Private (U) Mohammad Iqbalhibatullah @ Hilal bin Mohammad Roshidi, followed by Mass Maghrib prayer, recital of Surah Yassin and Tahlil, followed by 'Doa Kesyukuran' specially for the RBAF 62nd Anniversary celebration. The ceremony proceeded with the Mass Isya' prayer.

RBAF was formed on the 31st May 1961 and celebrates its anniversary annually. The Thanksgiving Ceremony is one of the many activities being held among others with the hope in acquiring blessings from Allah Subhanahu Wa Ta'ala to ensure the smooth flow of the RBAF anniversary celebrations.


MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ABDB KE-62

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 30 Mei 2023 - Dalam menyemarakkan lagi sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang Ke-62 Tahun, Majlis Doa Kesyukuran telah diadakan lewat petang ini bertempat di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba). Hadir pada majlis tersebut ialah Leftenan Kolonel (U) Haji Mohammad Albadii Shahnoel bin Haji Mohamad Noeh, Ketua Staf Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). Turut hadir bersama ialah Pegawai-pegawai, Anggota-anggota dan Jemaah-jemaah.

Majlis di mulakan dengan bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran yang dibacakan oleh Soldadu (U) Mohammad Iqbalhibatullah @ Hilal bin Mohammad Roshidi,, diikuti dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, bacaan surah Yassin dan Tahlil dan Doa Kesyukuran khusus bagi Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB Ke-62 Tahun. Majlis diteruskandengan Sembahyang Fardhu Isya' berjemaah. 

ABDB mula ditubuhkan pada 31 Mei 1961 menyambut hari ulang tahunnya pada setiap tahun. Majlis Doa Kesyukuran berkenaan merupakan salah satu acara sambutan disamping acara-acara yang lainnya, dengan harapan memohon keberkatan dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala bagi mempermudahkan dan melancarkan Sambutan Hari Ulangtahun ABDB yang diadakan tahun ini.