Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

UPACARA SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI PEMERINTAH CAWANGAN NO.6

Pangkalan Rimba, Jumaat, 16 Sep 2016 – Pada 14 Zulhijjah 1437 bersamaan dengan 16 Sep 2016, Cawangan No. 6 Wing Tentera Udara Diraja Brunei telah menerima pucuk pimpinan yang baru. Upacara Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah No. 6 Wing yang pertama kali di adakan ini adalah diantara yang mulia 277 Leftenan Kolonel (U) Haji 'Abdur Rahim Bin Haji 'Abdul Karim dan yang mulia 531 Mejar (U) Radhuan Bin Haji Abd Hamid. Upacara ini telah berlangsung di Hangar Pejabat Kenderaan, Pangkalan Rimba.

Yang hadir menyaksikan upacara tersebut ialah semua warga tentera dan kakitangan awam No 6 Wing. Upacara dimulakan dengan Pegawai Pemerintah memeriksa Kawalan Kehormatan dan diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang di bawa oleh Guru Agama, Ustaz Said Bin Haji Yusop.

Acara diteruskan dengan Pegawai Pemerintah menandatangani Sijil Serah Terima Tugas dengan Pegawai Pemerintah No. 6 Wing baru. Pegawai Pemerintah No. 6 Wing seterusnya menerima kehormatan yang terakhir dan upacara diteruskan dengan Pegawai Pemerintah baru memeriksa Kawalan Kehormatan.

Mantan Pegawai Pemerintah kemudian di jemput bagi upacara menanam pokok dan kemudian bergambar ramai bersama warga tentera dan kakitangan awam No 6 Wing. Acara ini di akhiri dengan jamuan ringan dan doa kesyukuran.