Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

JUNGLE SURVIVAL TRAINING AND RESCUE SIMULATION FOR STUDENT PILOTS AND ABINITIO CREWMAN SESSION 01/2024

TEMBURONG, Friday, 02 February 2024 –  A total of 02 Student Pilots and 07 Abinitio Crewman from 73 Squadron, No. 7 Wing, Royal Brunei Air Force (RBAirF) have accomplished their Jungle Survival Training (JST) and Rescue Simulation in Temburong District from 29 January to 02 February 2024.

This training and simulation is to provide the participants with basic survival skills in the jungle in preparation for the worst-case scenario during an emergency. The course participants were taught the basic skills from building shelters, searching for edible foods, setting up traps and the correct technique in slaughtering animals with guidance from instructors of 236 Squadron, No. 2 Wing, Operations Group, RBAirF, and instructors from the Religious Department of the Royal Brunei Armed Forces (JAMA'AT) respectively.

After three days spending the night in the jungle, the pinnacle of the training ended with a rescue operation scenario supported by No. 1 Wing S-70i Blackhawk Helicopters by winching the course participants out of the simulated danger area to safety. Overall, this training has been conducted successfully, and congratulations to all the course participants.


LATIHAN IKHTIAR HIDUP DI HUTAN DAN SIMULASI MENYELAMAT BAGI PELATIH JURUTERBANG DAN PELATIH ANAK BUAH PESAWAT SIRI 01/2024

TEMBURONG, Juma'at, 02 Februari 2024 –Seramai 02 Pelatih-pelatih Juruterbang dan 07 Pelatih-pelatih Anak Buah Pesawat daripada Skuadron 73, Cawangan No. 7, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah berjaya melalui Latihan Ikhtiar Hidup di Hutan dan Simulasi Menyelamat di Daerah Temburong dari 29 Januari hingga 02 Februari 2024.

Latihan dan simulasi ini bertujuan untuk memberi peserta-peserta dengan kemahiran asas hidup di hutan sebagai persediaan semasa keadaan kecemasan. Peserta kursus diajar kemahiran asas seperti membina tempat perlindungan, mencari makanan yang boleh dimakan, menyiapkan perangkap dan teknik yang betul dalam penyembelihan haiwan dengan adanya bimbingan jurulatih dari Skuadron 236, Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, TUDB dan dari Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT).

Setelah tiga hari bermalam di hutan, kemuncak latihan berakhir dengan senario operasi penyelamat yang disokong oleh helikopter Blackhawk S-70i dari Cawangan No. 1, dengan mengangkat peserta kursus keluar dari kawasan merbahaya ke tempat yang selamat. Secara keseluruhan, latihan ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar, dan tahniah kepada semua peserta kursus.