Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF INSPECTORATE UNIT CONDUCTS RISK MANAGEMENT AND HAZARD IDENTIFICATION WORKSHOP

RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 13 May 2024 – The Inspectorate Unit, Royal Brunei Air Force (RBAirF) held its first Risk Management and Hazard Identification Workshop led by Flight Safety Cell. 31 personnel from various units in the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) attended the workshop facilitated by Staff Officer Grade 2 Flight Safety.

The objective of this workshop is to empower members of RBAirF and RBAF with the knowledge on the hazard identification process, risk assessment and implementing effective risk management measures at large-scale events or activities.

The workshop covered a comprehensive overview of risk management, that includes understanding the interaction and Risk ownership between multiple participants or organisations, Risk Management approaches and framework, the importance of Risk Hierarchy and accountability, hazard identification and policy improvement.


UNIT INSPEKTORAT TUDB MENGADAKAN BENGKEL PENGENALPASTIAN BAHAYA DAN PENGURUSAN RISIKO

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 13 Mei 2024 – Unit Inspektorat, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengendalikan Bengkel Pengenalpastian Bahaya dan Pengurusan Risiko pada julung kalinya oleh Sel Keselamatan Penerbangan, TUDB. 31 anggota dari unit-unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menghadiri bengkel tersebut yang telah diketuai oleh Timbalan Pegawai Turus Keselamatan Penerbangan.

Matlamat bengkel ini adalah untuk memperkasa anggota-anggota TUDB dan ABDB dengan pengetahuan mengenai proses pengenalpastian bahaya, penilaian risiko dan melaksanakan Langkah pengurusan risiko yang berkesan pada acara atau aktiviti yang berskala besar.

Bengkel ini menyediakan gambaran komprehensif tentang pengurusan risiko yang termasuk memahami interaksi dan Risk Ownership di antara pelbagai organisasi di dalam tentera atau awam, pendekatan Pengurusan Risiko dan Rangka Kerja Risiko, meningkatkan kesedaran mengenai Risk Hierarchy, akauntabiliti dan tanggungjawab dalam proses Penilaian Risiko dan kepentingan pengenalpastian bahaya dan dasar dalam menambah baik Penilaian Risiko.