Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

DRONE TECHNICIAN MAINTENANCE COURSE NO 01/2024 EDUCATIONAL VISIT TO INNOVAERO.

BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 23 September 2024 – Drone technician maintenance course participants and instructors from 75 Squadron, No. 7 Wing, Royal Brunei Air Force (RBAirF) made an educational visit to the InnovAero in Beribi, Gadong.

InnovAero a Brunei-based company offering end-to-end drone solutions by utilising Unmanned Aerial Vehicles (UAV) technology to provide drone data solutions such as for mapping, surveying, inspection and more. The visit began with a safety induction by InnovAero Technical Lead, Mr Safwan Jaton and course participants were introduced to various elements of the drone including the equipment overview, sensor demonstration and maintenance Procedures. The visit concluded with a group photo session.

The aim of this visit is to widen the knowledge of drone technology, provide students with the insight and application of drones in different fields. The experience also aimed to enhance their personal development to help contribute to their respective field.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR BAGI KURSUS DRONE TECHNICIAN MAINTENANCE SIRI 01/2024 ke INNOVAERO.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 23 September 2024 – Peserta kursus Drone Technician Maintenance beserta jurulatih dari Skuadron 75, Cawangan No. 7, Tentera Udara Diraja Brunei, telahpun membuat lawatan sambil belajar ke InnovAero di Beribi, Gadong.

InnovAero ialah sebuah syarikat yang menawarkan penyelesaian khusus dalam memenuhi keperluan pengguna dron industri. Mereka menggunakan teknologi Unmanned Aerial Vehicles (UAV) untuk menyediakan penyelesaian data dron seperti untuk pemetaan, tinjauan, pemeriksaan dan sebagainya. Lawatan dimulakan dengan induksi keselamatan dari Ketua Teknikal InnovAero, Safwan Jaton. Lawatan tersebut di mulakan dengan taklimat ringkas Syarikat, maklumat peralatan dron yang digunakan, demonstrasi sensor dan tatacara penyelenggaraan peralatan bagi memberikan gambaran secara dekat dan pendedahan kepada peserta-peserta kursus. Lawatan tersebut diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Tujuan lawatan ini adalah untuk meningkatkan lagi pengetahuan peserta kursus tentang teknologi dron dan memberikan pendedahan serta pengalaman yang boleh menyumbang kepada pembelajaran dan pembangunan peribadi dalam menjalankan tugas di unit masing-masing pada masa yang akan datang.​