Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

Commander Royal Brunei Air Force Received Courtesy Call from the New French Ambassador

Rimba Air Force Base, Tuesday, 01 October 2024 – The Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, received a courtesy call from Her Excellency Eve Lubin, the newly appointed Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of France to Brunei Darussalam, at the RBAirF Headquarters.

During the courtesy call, the Commander extended his heartfelt congratulations to Her Excellency on her new appointment, expressing his appreciation for the warm relations that have flourished between the two nations over the years. The Commander emphasised the importance of maintaining and further enhancing these ties, particularly in the areas of defence and strategic cooperation.

The call between the Commander and the new French Ambassador signifies not only a cordial diplomatic exchange but also a renewed focus on enhancing the bilateral partnership. The long-standing relationship between the two countries, grounded in mutual respect and cooperation, continues to serve as a solid platform for exploring new avenues of engagement.


Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei Menerima Kunjungan Hormat daripada Duta Perancis yang baru

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Selasa, 01 Oktober 2024 – Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Duta besar Istimewa dan Mutlak Republik Perancis, Puan Yang Terutama Eve Lubin yang baru dilantik ke Brunei Darussalam, di Markas TUDB.

Semasa kunjungan hormat tersebut, pemerintah TUDB mengucapkan tahniah kepada Puan Yang Terutama atas pelantikannya dan menyatakan penghargaan terhadap hubungan mesra yang telah berkembang di antara kedua-dua negara. Pemerintah TUDB menekankan kepentingan untuk mengekalkan dan meningkatkan lagi hubungan tersebut, terutama dalam bidang pertahanan dan kerjasama strategik.

Kunjungan ini bukan sahaja menandakan pertukaran diplomatik yang baik tetapi juga memberi tumpuan baru terhadap pengukuhan kerjasama dua hala. Hubungan yang sudah terjalin lama di antara kedua-dua negara yang berasaskan hormat menghormati dan kerjasama terus berfungsi sebagai satu platform yang kukuh untuk meneroka jalan-jalan interaksi baru.