Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

UNITING THROUGH ENDURANCE: RBAIRF HOSTS HALF MARATHON FOR 58TH ANNIVERSARY

RIMBA AIR FORCE BASE, Sunday, 06 October 2024 – As part of the 58th Anniversary Celebration of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), a running event was held at the RBAirF Sports Complex, where airmen and airwomen came together in unity and spirit. This event features two race distances: the challenging Half Marathon and the spirited 10km run, along with the symbolic 5.8km run—representing 58 years of dedicated service by RBAirF to the nation.

The event was officiated by the Commander of RBAirF, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim. The start of the competitive running event was marked by the flag-off of the Half Marathon by the Deputy Commander of RBAirF, Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, followed by the flag-off of the 10km run by Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif.

The celebration culminated in a prize-giving ceremony, where the top runners in each category were recognized for their outstanding physical endurance and competitive spirit. The Operations Group emerged as the champion for the men's team 21km category, with Corporal (U) Hamdi as the fastest runner. The gold medal winners for the 10km individual categories are Major (U) Hajah Arnie Asarifa in the women's open category (35 years and above), Warrant Officer 2 (U) Pengiran Mas Mohd Tajuddin in the men's open category (40 years and above), Lance Corporal (U) Md Farid in the men's open category (39 years and below), and Soldier (U) Nurul Syahirah in the women's open category (34 years and below).

Congratulations to all the winners! This Half Marathon is a testament to the Royal Brunei Air Force's enduring commitment to fostering unity, promoting physical and mental resilience, and preparing its personnel for the challenges ahead. By fostering a culture of fitness and competition, the RBAirF not only prepares its personnel for mission success but also demonstrates unwavering professionalism while promoting a strong sense of camaraderie within the force.


BERSATU MELALUI ENDURANCE: TUDB MENGANJURKAN HALF MARATHON UNTUK ULANG TAHUN KE-58 

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Ahad, 06 Oktober 2024 – Sebagai sebahagian daripada Sambutan Ulang Tahun ke-58 Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), satu acara larian telah diadakan di Kompleks Sukan TUDB, dimana anggota udara lelaki dan wanita bersama-sama hadir dengan penuh perpaduan dan semangat. Acara ini mempertandingkan dua jarak larian: Half Marathon yang mencabar dan larian 10km yang penuh semangat, serta menampilkan larian 5.8km yang simbolik—melambangkan 58 tahun khidmat bakti TUDB kepada negara.

Acara ini dirasmikan oleh Pemerintah TUDB, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim. Pelepasan larian Half Marathon oleh Timbalan Pemerintah TUDB, Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, menandakan permulaan larian kompetitif bagi acara tersebut, diikuti dengan pelepasan larian 10km oleh Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif.

Larian kompetitif bagi acara tersebut disudahi dengan majlis penyampaian hadiah, di mana pelari teratas bagi setiap kategori diberikan pengiktirafan atas ketahanan fizikal dan semangat bersaing yang sangat baik. Kumpulan Gerakan telah muncul juara bagi kategori 21km lelaki berpasukan dengan Koperal (U) 

Hamdi sebagai pelari terpantas. Pelari-pelari memenangi pingat emas bagi kategori individu larian 10km ialah Mejar (U) Hajah Arnie Asarifa bagi acara terbuka wanita 35 tahun ke atas, Pegawai Waran 2 (U) Pengiran Mas Mohd Tajuddin bagi acara terbuka lelaki 40 tahun ke atas, Lans Koperal (U) Md Farid bagi acara terbuka lelaki 39 tahun ke bawah dan Soldadu (U) Nurul Syahirah bagi acara terbuka wanita 34 tahun ke bawah.

Tahniah kepada semua pemenang! Acara larian Half Marathon ini adalah bukti komitmen berterusan TUDB dalam memupuk perpaduan sambil mempromosikan ketahanan fizikal dan mental, serta menyediakan anggota-anggota dengan cabaran yang akan datang. Dengan memupuk budaya kecergasan dan persaingan, RBAirF bukan sahaja mempersiapkan anggotanya untuk kejayaan setiap tugasan tetapi juga menunjukkan profesionalisme yang tidak berbelah bahagi sambil mempromosikan semangat persahabatan yang kuat dalam angkatan tentera.