Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MELISSA'S PLAYHOUSE SPENDING A DAY WITH THE ROYAL BRUNEI AIR FORCE

RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 08 OCTOBER 2024 – A group of young minds from Melissa's Playhouse, embarked on an exciting educational visit to the Royal Brunei Air Force (RBAirF) at the Air Movement Centre (AMC), Rimba Air Force Base.

16584 Warrant Officer 2 (U) Haji Meas Maddi bin Haji Awang Mohammad welcomed the students, parents and the Melissa's Playhouse teachers with a tour of the RBAirF aircrafts and assets. They also had the opportunity to try on the air force uniforms and handle the equipment showcased for them making their day more special.

Through hands-on activities and interaction with RBAirF personnel, the visit sparked curiosity and excitement, giving the young students a glimpse into what it might be like to serve in the Air Force someday. The RBAirF appreciated the opportunity to engage with the younger generation, offering an experience that will undoubtedly leave a lasting impression on the students of Melissa's Playhouse.


MELISSA'S PLAYHOUSE SEHARI BERSAMA TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 08 OKTOBER 2024 – Sekumpulan kanak-kanak, dari Melissa's Playhouse, telah membuat lawatan yang menyeronokkan ke Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) di Pusat Pergerakan Udara (AMC), Pangkalan Tentera Udara Rimba.

16584 Pegawai Waran 2 (U) Haji Meas Maddi bin Haji Awang Mohammad menyembut ketibaan para pelajar yang ditemani oleh guru-guru dan ibu bapa dengan lawatan 

kepada pelbagai pesawat dan peralatan yang digunakan oleh TUDB. Para pelajar juga berpeluang untuk mencuba pakaian seragam tentera udara dan mengendalikan peralatan-peralatan yang disediakan menjadikan lawatan tersebut lebih istimewa.

Melalui aktiviti praktikal dan interaksi bersama anggota TUDB, lawatan ini diharap dapat mencetuskan rasa ingin tahu dan rasa teruja serta memberi gambaran awal kepada kanak-kanak jika mereka berkhidmat dalam tentera udara suatu hari nanti. TUDB merasa berbesar hati dengan peluang untuk berinteraksi dengan generasi muda, satu pengalaman yang pastinya akan meninggalkan kesan mendalam kepada kanak-kanak daripada Melissa's Playhouse.