Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

SUPPORT GROUP ROYAL BRUNEI AIR FORCE CELEBRATES 10TH ANNIVERSARY WITH MTB FUN RACE

Berakas Forest Reserve, 11 October 2024 - The Support Group of the Royal Brunei Air Force (RBAirF) marked its 10th anniversary with an exhilarating MTB Fun Race featuring a unique duo start and finish format. This year's event showcased a challenging 2-lap course, spanning 4.8 kilometers, that beautifully combined fast-paced action with stunning scenery.

A total of 40 participants competed in 20 teams, starting the race simultaneously and tackling the course's technical turns, climbs, and descents. The duo format required teammates to finish together, adding an extra layer of challenge that emphasized not only individual skill but also collaboration and strategy. Riders needed to stay in sync, communicate effectively, and support one another throughout the race.

Prizes were presented by the Guest of Honor, Colonel (U) Pg Hasrul Ariffin bin Pg Hj Rosley, Commander of the Support Group. He awarded the race champions, 13805 Warrant Officer 1 (U) Ali Azrin bin Hj Jamudin and 15102 Staff Sergeant (U) Md Soffyhairol Azmi bin Hj Abd Momin. In his speech, Colonel Pg Hasrul highlighted the values of community, teamwork, and brotherhood, emphasizing his commitment to making this race a staple event on the calendar for years to come.


KUMPULAN BANTU TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MERAIKAN HARI ULANG TAHUN KE 10 DENGAN PERLUMBAAN BERBASIKAL

Hutan Simpan Berakas, 11 Oktober 2024 - Kumpulan Bantu Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah meraikan ulang tahunnya yang ke-10 dengan Perlumbaan MTB yang menampilkan format permulaan dan penamat berpasangan. Acara tahun ini mempersembahkan trek 2 lingkungan yang mencabar sepanjang 4.8 kilometer, yang menggabungkan aksi pantas dengan pemandangan yang indah.

Sebanyak 40 peserta bertanding dalam 20 pasukan, memulakan perlumbaan secara serentak dan menghadapi selekoh teknikal, pendakian, dan penurunan mencabar di sepanjang trek. Format duo ini memerlukan pasukan untuk menamatkan perlumbaan bersama yang menambah tahap cabaran yang bukan sahaja memerlukan kemahiran secara individu tetapi juga kerjasama dan strategi secara berpasangan. Peserta perlu kekal seiring, berkomunikasi dengan berkesan, dan saling menyokong di sepanjang perlumbaan.

Hadiah telah disampaikan oleh tetamu kehormat, Kolonel (U) Pg Hasrul Ariffin bin Pg Hj Rosley, Pemerintah Kumpulan Bantu. Beliau telah menyampaikan hadiah kepada juara bagi perlumbaan tersebut, iaitu 13805 Pegawai Waran 1 (U) Ali Azrin bin Haji Jamudin dan 15102 Staf Sarjan (U) Md Soffyhairol Azmi bin Haji Abdul Momin. Dalam ucapannya, Kolonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin menekankan pentingnya nilai-nilai sebuah komuniti, kerja berpasukan, dan persaudaraan, sambil menegaskan komitmennya untuk menjadikan perlumbaan ini sebagai acara tetap pada tahun-tahun akan datang.