Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF PARTICIPATED THE RBAF HALF MARATHON CHAMPIONSHIP AND 10KM RACE 2024

​​PENANJONG GARRISON, Thursday, 17 October 2024 – The airmen and airwomen of the Royal Brunei Air Force (RBAirF) demonstrated their steadfast commitment and fighting spirit during the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Half Marathon Championship and 10km race 2024, held at the Mini Stadium, Penanjong Garrison.

A total of 49 RBAirF personnel, including Officers, Senior and Junior Non-Commissioned Officers, competed across several categories: 20 in the Men's 21km Team, 03 in the Men's Veteran 10km, 04 in the Men's Open 10km, 15 in the Women's 10km Team, 03 in the Women's Veteran 10km, and 03 in the Women's Open 10km.

The RBAirF Men's 21km Team earned a commendable third place with 583 points, while the Women's 10km Team secured the runner-up position with 266 points. Individually, Warrant Officer 2 (U) Pengiran Mas Tajuddin bin Pengiran Momin triumphed in the Men's 10km Veteran category, completing the race in an impressive 49 minutes and 55 seconds. Major (U) Maslia binti Nirus also claimed victory in the Women's 10km Veteran category, finishing with a time of 1 hour, 11 minutes, and 15 seconds.

This annual event serves as a platform to foster sportsmanship and camaraderie, bringing together personnel from across RBAF for a spirited display of physical endurance and team unity.

The RBAirF would like to extend its utmost congratulations to all participants for their podium achievements and participation.


TUDB MENYERTAI KEJOHANAN HALF MARATHON DAN 10KM PERINGKAT ABDB 2024

PENANJONG GARISON, Khamis, 17 Oktober 2024 – Anggota-anggota lelaki dan wanita Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menunjukkan komitmen dan semangat juang yang teguh dalam Kejohanan Half Marathon dan Larian 10km Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) 2024, yang berlangsung di Mini Stadium, Penanjong Garison.

Seramai 49 anggota TUDB, termasuk Pegawai-pegawai, PTB-PTB Kanan dan rendah, bertanding dalam pelbagai kategori: 20 anggota dalam Pasukan 21km Lelaki, 03 dalam Veteran Lelaki 10km, 04 dalam Terbuka Lelaki 10km, 15 dalam Pasukan 10km Wanita, 03 dalam Veteran Wanita 10km, dan 03 dalam Terbuka Wanita 10km.

Pasukan 21km Lelaki TUDB telah memperolehi tempat ketiga dengan 583 mata, manakala Pasukan 10km Wanita berjaya meraih tempat kedua dengan 266 mata. Secara individu, Pegawai Waran 2 (U) Pengiran Mas Tajuddin bin Pengiran Momin menjuarai kategori Veteran Lelaki 10km, dengan catatan masa 49 minit dan 55 saat. Mejar (U) Maslia binti Nirus juga meraih kemenangan dalam kategori Veteran Wanita 10km, dengan catatan masa 1 jam, 11 minit, dan 15 saat.

Acara tahunan ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan perpaduan, mengumpulkan anggota ABDB dari seluruh perkhidmatan bagi memperlihatkan ketahanan fizikal dan semangat berpasukan yang tinggi.

TUDB ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta atas pencapaian podium dan penyertaan mereka.