Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJOR GENERAL KELVIN FAN HONOURED WITH RBAirF HONORARY PILOT WING DURING INTRODUCTORY VISIT TO BRUNEI

​RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 23 October 2024 – With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Major General Kelvin Fan Sui Siong, Chief of the Republic of Singapore Air Force (RSAF), was presented with the Royal Brunei Air Force (RBAirF) Honorary Pilot Wing. This recognition was in appreciation of his significant contributions in enhancing defence cooperation between the RBAirF and RSAF.

Upon his arrival at the Rimba Air Force Base, Major General Kelvin Fan was received with military honours, including an honorary salute and an inspection of the Guard of Honour. During his time at the base, he attended a detailed overview briefing on RBAirF's key operations and strategic initiatives, providing insights into the force's critical role in national defence. He was also invited to tour the static display at Hangar B, showcasing the RBAirF's key operational assets and aircraft. His visit included an aerial tour aboard the Sikorsky S-70i helicopter, which not only provided a unique view of Brunei's defence infrastructure, but also showcased the beauty of its architecture, historical sites, and the rich cultural landscape of Brunei Darussalam.

As part of the visit, Major General Kelvin Fan paid an introductory call to Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of the Royal Brunei Air Force. He also made courtesy calls to Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), and Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II and Minister at the Prime Minister's Office. These separate meetings reinforced the longstanding relationship between Brunei and Singapore, with discussions focusing on strengthening defence cooperation and advancing joint initiatives between the two nations.

A Welcoming Dinner for Major General Kelvin Fan Sui Siong, Chief of Air Force, Republic of Singapore Air Force (RSAF), along with Mrs. Yvonne Li, Spouse of the Chief of Air Force RSAF will be hosted as part of the Introductory Visit in the evening where both sides will further celebrate the enduring partnership between Brunei and Singapore, emphasising the importance of continued defence collaboration and regional security.


MEJAR JENERAL KELVIN FAN DIANUGERAHKAN LENCANA JURUTERBANG KEHORMAT TUDB SEMASA LAWATAN PENGENALAN KE BRUNEI

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 23 Oktober 2024 - Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Mejar Jeneral Kelvin Fan Sui Siong, Pemerintah Tentera Udara Republik Singapura (TURS), telah dikurniakan Lencana Juruterbang Kehormat Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). Penghargaan ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar beliau dalam memperkukuhkan kerjasama pertahanan antara TUDB dan RSAF.

Ketibaan Mejar Jeneral Kelvin Fan di Pangkalan Tentera Udara Rimba disambut dengan Tabik Hormat daripada kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota-anggota TUDB. Semasa berada di pangkalan, beliau telah menghadiri taklimat mengenai operasi utama dan strategik TUDB, memberikan sudut pandang peranan TUDB di dalam pertahanan negara. Beliau juga dijemput untuk melawat pameran statik di Hangar B yang mempamerkan aset-aset operasi dan pesawat-pesawat TUDB. Lawatan beliau turut merangkumi aerial tour menggunakan helikopter Sikorsky S-70i, yang bukan sahaja memberi pandangan unik tentang infrastruktur pertahanan Brunei, ia juga menampilkan keindahan seni bina, kawasan bersejarah, serta landskap budaya Brunei Darussalam yang sangat kaya.

Semasa lawatan tersebut, Mejar Jeneral Kelvin Fan telah mengadakan kunjungan hormat kepada Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei. Beliau juga mengadakan kunjungan hormat kepada Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), dan Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Kunjungan-kunjungan tersebut melambangkan kukuhnya hubungan antara Brunei dan Singapura, dengan perbincangan tertumpu kepada kerjasama pertahanan dan inisiatif bersama berterusan di antara kedua-dua negara.

Majlis Makan Malam bagi Mejar Jeneral Kelvin Fan Sui Siong, Pemerintah TURS, bersama Puan Yvonne Li, Isteri kepada Pemerintah TURS, akan diadakan pada malam tersebut sebagai satu keraian bagi kerjasama yang berterusan di antara Brunei dan Singapura, dalam usaha menekankan kepentingan kerjasama pertahanan dan keselamatan serantau yang berterusan.