Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF SUPPORTS PHILIPPINE AIR FORCE (PAF) RECURRENCY TRAINING

​BANDAR SERI BEGAWAN, Friday, 25 October 2024 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) recently supported simulator training for 14 Philippine Air Force (PAF) Blackhawk S70i pilots at CAE Brunei MPTC, Tungku. Led by Qualified Helicopter Instructor (QHI) Major (U) Muhammad Adib bin Haji Hashim from RBAirF's 11 Squadron, this training initiative emerged from the Air Working Group discussions between the two air forces, emphasizing a shared commitment to strengthening defence cooperation.

The training program includes key technical components, such as mission systems, simulated in-flight emergencies, and Computer-Based Training (CBT), complemented by flight practice in the CAE 3000 series Blackhawk S-70i Flight Simulator. This collaboration highlights RBAirF and Brunei Darussalam's role as a reliable training partner for the Blackhawk S70i, enhancing bilateral ties and reinforcing regional defence capabilities.


TUDB MENYOKONG LATIHAN JURUTERBANG BLACKHAWK S70i TENTERA UDARA FILIPINA DI CAE BRUNEI MPTC

BANDAR SERI BEGAWAN, Juma'at, 25 Oktober 2024 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) baru-baru ini menyokong latihan simulator untuk 14 juruterbang Blackhawk S70i Tentera Udara Filipina (PAF) di CAE Brunei MPTC, Tungku. Latihan ini diketuai oleh Jurulatih Helikopter (QHI) Mejar (U) Muhammad Adib bin Haji Hashim dari Skuadron 11, Cawangan No. 1, TUDB, sebagai inisiatif hasil perbincangan Kelompok Kerja Udara antara kedua-dua angkatan udara, yang menekankan komitmen bersama untuk mengukuhkan kerjasama pertahanan.

Program latihan ini merangkumi komponen teknikal utama seperti sistem misi, simulasi kecemasan semasa penerbangan, dan Latihan Berasaskan Komputer (CBT), disertakan dengan latihan penerbangan dalam Simulator Penerbangan Blackhawk S-70i siri CAE 3000. Kerjasama ini menonjolkan peranan TUDB dan Negara Brunei Darussalam sebagai rakan latihan yang dipercayai untuk Blackhawk S70i, memperkukuh hubungan dua hala serta mempertingkatkan keupayaan pertahanan serantau.