Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAiRF PERSONNEL PRESENTED GRADUATION CERTIFICATES AT THE INSTITUTE BRUNEI TECHNICAL EDUCATION’S 32nd CONVOCATION

​​BERAKAS, Tuesday, 29 October 2024 – Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Minister of Primary Resources and Tourism presented certificates to graduates for various Technical Education programs at the Institute Brunei Technical Education's (IBTE) 32nd Convocation Ceremony held at the Plenary Hall, International Conference Center (ICC), Berakas.

06 Royal Brunei Air Force (RBAirF) personnel successfully completed the Higher National Technical Education Certificate (HNTec) in Aircraft Maintenance Engineering (Avionics) that started on 12 July 2021 until 31 October 2023.

RBAirF has collaborated with School of Aviation (SOA), IBTE since 2016 as an academic provider for Higher National Technical Education Certificate (HNTec) that aims to equip students with lifelong learning and specialization in Aircraft Maintenance Engineering.

The RBAirF congratulates the latest intake of RBAiRF personnel graduates from the Higher National Technical Education Certificate (HNTec) program in Aircraft Maintenance Engineering (Avionics). Their hard work and dedication have led them to this significant milestone, marking the beginning of their role as Aircraft Technicians in ensuring the operational success of the RBAirF.


PENYAMPAIAN SIJIL GRADUAN BAGI ANGGOTA TUDB DI MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT PENDIDIKAN TEKNIKAL BRUNEI KALI KE-32

BERAKAS, Selasa, 29 Oktober 2024 – Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan telah menyampaikan sijil kepada graduan dalam pelbagai program Pendidikan Teknikal pada Majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Teknikal Brunei Ke-32 yang diadakan di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

Graduan terdiri daripada 06 anggota TUDB telah berjaya menamatkan Kursus Sijil Tertinggi Kebangsaan Pendidikan Teknikal (HNTec) dalam Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat (Avionik) yang bermula dari 12 Julai 2021 hingga 31 Oktober 2023.

TUDB telah bekerjasama dengan School of Aviation (SOA), IBTE sejak tahun 2016 sebagai penyedia akademik bagi Sijil Tertinggi Kebangsaan Pendidikan Teknikal (HNTec) yang bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran dalam Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat.

TUDB mengucapkan tahniah kepada intek graduan terbaru anggota TUDB daripada program Sijil Tertinggi Kebangsaan Pendidikan Teknikal (HNTec) dalam Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat (Avionik). Usaha keras dan dedikasi mereka telah membawa mereka ke pencapaian penting ini, yang menandakan titik permulaan kerjaya mereka sebagai Juruteknik Pesawat dalam memastikan kejayaan operasi TUDB.