BERAKAS GARRISON, Friday, 01 November 2024
– With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, two Royal Brunei Air Force (RBAirF) officers have been promoted at Berakas Garrison Officers' Mess.
Present to award the insignias was Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). AAlso present were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II, Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence, Members of Defence Executive Committee, Members of the RBAF Executive Committee and senior officers of the Ministry of Defence as well as family members of the promoted officers.
Captain (U) Mohd Syamim bin Roslan was promoted to the rank of Acting Major while Captain (U) Mohd Ady Hazriyatul Fadillah Faez bin Haris Fadillah was promoted to the rank of Substantive Captain. The RBAirF would like to congratulate all the RBAirF Officers who were promoted today and would like to convey our appreciation and thanks to the family members for their endless support of all RBAirF personnel.
MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI 02 PEGAWAI-PEGAWAI TUDB
BERAKAS GARISON, Juma'at, 01 November 2024 – Dengan Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 02 orang Pegawai-pegawai Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah diperkenankan untuk dinaikkan pangkat hari ini di dalam Upacara Kenaikan Pangkat yang berlangsung di Mes Pegawai Berakas Garison.
Hadir bagi menyempurnakan Majlis Kenaikan Pangkat ini ialah Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Jawatankuasa Eksekutif ABDB dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan serta ahli keluarga Pegawai-pegawai yang telah dinaikkan pangkat.
Kapten (U) Mohd Syamim bin Roslan dinaikkan pangkat ke Pemangku Mejar manakala Kapten (U) Mohd Ady Hazriyatul Fadillah Faez bin Haris Fadillah dinaikkan pangkat ke Kapten Tetap. TUDB ingin mengucapkan tahniah kepada semua Pegawai-pegawai TUDB yang telah dinaikkan pangkat serta merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ahli keluarga atas sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada semua warga TUDB.