Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF SWIMMING & WATER POLO CHAMPIONSHIP 2024

RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 14 November 2024 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) Swimming and Water Polo Championship 2024 concluded at the Sports Complex, Rimba Air Force Base. The tournament, held from 11 to 14 November 2024, saw participation from three teams representing the Operations Group, the Support Group, and the Combined Group (Headquarters, No. 7 Wing, and No. 8 Wing).

The Guest of Honour, Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, the Deputy Commander of the RBAirF,  on behalf of the Commander of the RBAirF, presented trophies and awards to the winners. The event was also graced by the presence of senior officers, officers, and personnel from each group. 

In the Water Polo Championship, the Operations Group emerged victorious, defeating the Support Group with a score of 7-4, while the Combined Group secured third place.  Meanwhile, the Support Group swimming team dominated the Swimming Championship, amassing an impressive 4 gold, 2 silver, and 3 bronze medals to clinch the overall swimming championship title. The Combined Group and Operations Group followed in second and third places, respectively. 

This competition aims to foster a spirit of healthy competition among participants, serving to enhance teamwork and sportsmanship among the RBAirF personnel and acting as an avenue to identify talents to represent RBAirF in the upcoming Royal Brunei Armed Forces Swimming and Water Polo Championship.


KEJOHANAN SUKAN RENANG & POLO AIR PERINGKAT TUDB BAGI TAHUN 2024

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 14 November 2024 – Kejohanan Sukan Renang dan Polo Air Peringkat Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah disempurnakan bagi Tahun 2024 di Kompleks Sukan, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Kejohanan ini, yang berlangsung dari 11 hingga 14 November 2024, menyaksikan penyertaan daripada tiga pasukan yang telah mewakili Kumpulan Operasi, Kumpulan Bantu, dan Kumpulan Gabungan (Markas, Cawangan No. 7, dan Cawangan No. 8).

Hadir bagi menyampaikan piala dan hadiah kepada para pemenang selaku Tetamu

Kehormat ialah Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Timbalan Pemerintah TUDB, selaku wakil bagi Pemerintah TUDB. Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, dan anggota-anggota dari setiap kumpulan.

Dalam Kejohanan Polo Air, Kumpulan Gerakan muncul juara selepas menewaskan Kumpulan Bantu dengan keputusan 7-4, manakala Kumpulan Gabungan menduduki tempat ketiga. Sementara itu, pasukan renang Kumpulan Bantu menguasai Kejohanan Sukan Renang dengan meraih sebanyak 4 pingat emas, 2 pingat perak, dan 3 pingat gangsa untuk mendapatkan gelaran juara keseluruhan Kejohanan Sukan Renang. Kumpulan Gabungan dan Kumpulan Gerakan masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga. 

Kejohanan ini bertujuan untuk memupuk semangat persaingan sihat antara peserta dan meningkatkan kerjasama serta semangat kesukanan di kalangan anggota TUDB. Selain itu, 

kejohanan ini juga menjadi platform untuk mengenal pasti bakat-bakat bagi mewakili TUDB di Kejohanan Sukan Renang dan Polo Air Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang akan datang.