RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 09 January 2025 - In commemoration of the Royal Brunei Air Force (RBAirF) Change of Command ceremony, a Tree Planting and Road Naming event was held at Rimba Air Force Base for Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the outgoing Commander of the RBAirF, attended by RBAirF Board of Executive Members.
In honour and appreciation for his contribution and leadership, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif planted a Bucida tree also known as the "Black Olive Tree," that is widely revered for its hardiness and adaptability, symbolising resilience, strength, and longevity - qualities that reflect the values exemplified by the outgoing Commander during his leadership. The RBAirF also inaugurated 'Sharif Loop,' a road dedicated to honoring the outgoing Commander's enduring contributions, exemplary service, and leadership, with an unveiling ceremony as a lasting tribute.
The event concluded with the recitation of
Doa Selamat by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, the RBAirF religious teacher, to bless the occasion and pray for the outgoing Commander's continued success in his future endeavours.
ACARA PENANAMAN POKOK DAN PENAMAAN JALAN SEMPENA UPACARA PERPISAHAN PEMERINTAH TUDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 09 Januari 2025 - Sebagai memperingati Majlis Serah Terima Tugas Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), satu Acara Penanaman Pokok dan Penamaan Jalan telah diadakan di Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba) bagi Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB yang akan menamatkan tugas, dengan dihadiri oleh Ahli Badan Eksekutif TUDB.
Sebagai penghormatan dan penghargaan atas sumbangan dan kepimpinan beliau, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif telah menanam pokok
Bucida yang juga dikenali sebagai "Black Olive Tree," yang dihormati kerana ketahanan dan kemampuan menyesuaikan diri, melambangkan ketabahan, kekuatan, dan jangka hayat panjang – sifat-sifat yang mencerminkan nilai-nilai yang ditonjolkan oleh Pemerintah semasa tempoh kepimpinannya. TUDB juga telah merasmikan 'Sharif Loop,' iaitu sebuah jalan yang didedikasikan untuk menghormati sumbangan yang berkekalan, perkhidmatan cemerlang, dan kepimpinan Pemerintah yang akan menamatkan tugas, dengan upacara perasmian sebagai penghormatan yang berpanjangan.
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, guru agama TUDB, bagi memberkati majlis tersebut dan mendoakan kejayaan berterusan Pemerintah dalam usaha beliau pada masa hadapan.