Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF STUDENT PILOT COURSE 60 BASIC AND INTERMEDIATE FIXED WING PILOT TRAINING COURSE COMPLETION

CAMDEN, AUSTRALIA, Friday, 21 February 2025 - Four student pilots from 73 Squadron, No. 7 Wing, Training Group, completed their 10-month Basic and Intermediate Pilot Training Course at Air Combat Australia (ACA), Camden.

The student pilots—Lieutenant (U) Abdul Qawie bin Abidin, Lieutenant (U) Muhammad Abdul Syakir bin Haji Basri, Lieutenant (U) Abdurra'uf bin Abdul Aziz, and Lieutenant (U) Ahmad Waqiuddin bin Haji Ahmad Mahyuddin underwent rigorous training designed to establish a strong foundation in aviation fundamentals, aeronautical skills, and flight operations.

The course serves as the initial phase in the development of RBAirF pilots, equipping them with essential knowledge in aerodynamics, flight control systems, and critical decision-making under operational conditions. Through structured training modules, they honed their airmanship and acquired the competencies required for advanced flight operations.

The RBAirF congratulates the four officers on their achievement and wishes them continued success in their journey towards operational readiness.​


PENUTUP KURSUS LATIHAN PENERBANGAN ASAS DAN PERTENGAHAN BAGI PELATIH JURUTERBANG TUDB SIRI 60

CAMDEN, AUSTRALIA, Juma'at, 21 Februari 2025 - Empat pelatih juruterbang dari 73 Skuadron, Cawangan No. 7, Kumpulan Latihan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah berjaya menamatkan Latihan Penerbangan Asas dan Pertengahan di Air Combat Australia  di Air Combat Australia (ACA), Camden. Kejayaan menamatkan kursus intensif selama sepuluh bulan ini menandakan satu pencapaian penting dalam pembangunan profesional mereka sebagai juruterbang tentera.

Pelatih juruterbang yang terlibat adalah Leftenan (U) Abdul Qawie bin Abidin, Leftenan (U) Muhammad Abdul Syakir bin Haji Basri, Leftenan (U) Abdurra'uf bin Abdul Aziz, dan Leftenan (U) Ahmad Waqiuddin bin Haji Ahmad Mahyuddin. Sepanjang kursus ini, mereka telah menjalani latihan mencabar yang bertujuan membina asas kukuh dalam asas penerbangan, kemahiran aeronautik, dan operasi penerbangan.

Kursus ini merupakan fasa awal dalam pembangunan juruterbang TUDB, melengkapkan mereka dengan pengetahuan asas dalam aerodinamik, sistem kawalan penerbangan serta keupayaan membuat keputusan yang kritikal dalam keadaan operasi. Melalui modul latihan yang terancang, mereka telah mengasah kecekapan dalam penerbangan serta membentuk disiplin dan kecekapan yang diperlukan untuk operasi penerbangan yang lebih maju.

TUDB mengucapkan tahniah kepada keempat-empat pegawai atas kejayaan mereka dan mendoakan kejayaan berterusan dalam perjalanan mereka ke arah kesiagaan operasi.