Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

COMMANDER OF THE RBAirF CONDUCTS FIRST OFFICIAL VISIT TO NO. 2 WING, OPERATIONS GROUP

​BERAKAS GARRISON, Tuesday, 25 February 2025 – Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), made his inaugural working visit to No. 2 Wing, Operations Group, highlighting the unit's critical role in national air defence and base security. The visit underscored his commitment to enhancing operational readiness and modernising the RBAirF's capabilities.

Welcomed by the Guard of Honour, the Commander RBAirF began his visit with a tour of the Air Defence Hangar and an operational briefing by Major (U) Muhammad Adif bin Haji Zaman, Commanding Officer of No. 2 Wing. The briefing outlined the unit's strategic initiatives and advancements in Base Defence and National Air Defence, aligning with the RBAirF's mission to safeguard Brunei's airspace.

A key highlight was an operational display showcasing No. 2 Wing's capabilities, that includes Base Defence systems, Drone and Anti-Drone capabilities, and Very Short Range Air Defence (VSHORAD) system. The demonstration highlighted the unit's readiness to address modern security challenges with innovation and precision.

In his closing remarks, the Commander commended No. 2 Wing for their professionalism and operational excellence. He reaffirmed his support for continuous training, modernisation, and inter-agency collaboration, emphasising the importance of a resilient and adaptive air defence force.

The Commander's  visit reinforced the RBAirF's commitment to maintaining robust and future-ready capabilities, ensuring the security of Brunei's airspace in an evolving threat landscape.


LAWATAN KERJA PERTAMA PEMERINTAH TUDB KE CAWANGAN NO. 2, KUMPULAN GERAKAN

BERAKAS GARISON, Selasa, 25 Februari 2025 – Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), telah mengadakan lawatan kerja sulungnya ke Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, yang menekankan peranan penting unit tersebut dalam pertahanan udara negara dan keselamatan pangkalan. Lawatan ini menandakan komitmen beliau dalam meningkatkan kesiapsiagaan operasi serta pemodenkan keupayaan TUDB.

Sejurus tiba, beliau disambut dengan Kawalan Kehormatan sebelum memulakan lawatan ke Hangar Pertahanan Udara dan seterusnya menerima taklimat operasi yang diketuai oleh Mejar (U) Muhammad Adif bin Haji Zaman, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 2. Taklimat tersebut menggariskan inisiatif strategik dan kemajuan unit dalam Pertahanan Pangkalan dan Pertahanan Udara Negara, sejajar dengan misi TUDB untuk melindungi ruang udara Brunei.

Salah satu sorotan utama lawatan ini adalah pameran statik dan demonstrasi operasi yang memperkenalkan keupayaan Cawangan No. 2 seperti sistem Pertahanan Pangkalan, keupayaan Drone dan Anti-Drone, serta Very Short Range Air Defence (VSHORAD). Demonstrasi ini memaparkan kesiapsiagaan unit tersebut dalam menangani cabaran keselamatan yang semakin berkembang, dengan inovasi dan ketepatan.

Dalam ucapan penutupnya, Pemerintah TUDB memuji profesionalisme dan kecemerlangan operasi Cawangan No. 2. Beliau turut menegaskan sokongannya terhadap latihan berterusan, pemodenan, serta kerjasama antara agensi, justeru itu menekankan kepentingan pasukan pertahanan udara yang berdaya tahan dan adaptif.

Lawatan ini telah mengukuhkan komitmen TUDB dalam mengekalkan keupayaan yang teguh dan bersiap siaga, memastikan keselamatan ruang udara Brunei dalam landskap ancaman yang semakin berkembang.