RIMBA AIR FORCE BASE,
Tuesday, 25 February 2025 - Warrant Officer 1 Rozain bin Haji Pungut, Armed Forces Sergeant Major (AFSM) of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), conducted a working visit to the Royal Brunei Air Force (RBAirF) as part of ongoing efforts to strengthen professional development and enhance engagement with the Non-Commissioned Officers (NCOs) within the force.
Upon arrival, the Armed Forces Sergeant Major was warmly received by Warrant Officer 1 (U) Pg Haji Redzaini bin Pg Haji Ahmad, the Air Force Sergeant Major, before proceeding with a Courtesy Call to Commander Royal Brunei Air Force, Colonel (U) Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, at RBAirF Headquarters. The visit continued with an engagement session at Dewan Punai, attended by Junior and Senior Non-Commissioned Officers.
During the session, Warrant Officer 1 Rozain bin Haji Pungut was given a comprehensive briefing by the Wing Sergeant Majors, outlining the roles, responsibilities, and operational capabilities of each Wing within the Royal Brunei Air Force. The briefing provided valuable insights into the contributions of NCOs in sustaining operational readiness and professional excellence within the force.
The engagement also included an interactive session, where the Armed Forces Sergeant Major took the opportunity to reinforce key principles of discipline, wellness, and professionalism among the attending personnel. He emphasised the critical role of NCOs as the backbone of the armed forces, highlighting the importance of leadership, integrity, and continuous self-improvement in fulfilling their duties.
The visit concluded with a group photo session, symbolising the spirit of unity and professional camaraderie among the Non-Commissioned Officers of the Royal Brunei Air Force. This engagement reaffirmed the pivotal role of strong leadership and steadfast commitment in upholding the standards of excellence within the force.



LAWATAN KERJA SARJAN MEJAR ABDB KE TUDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA,
Selasa, 25 Februari 2025 – Pegawai Waran 1 Rozain bin Haji Pungut, Sarjan Mejar Angkatan Bersenjata (AFSM) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah mengadakan lawatan kerja ke Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) bagi mengeratkan hubungan serta meningkatkan pembangunan profesional dalam kalangan Pegawai-pegawai Tidak Bertauliah Kanan dan Rendah.
Ketibaan beliau disambut oleh Pegawai Waran 1 (U) Pg Haji Redzaini bin Pg Haji Ahmad, Sarjan Mejar Tentera Udara, sebelum meneruskan Kunjungan Hormat kepada Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, Kolonel (U) Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, di Markas TUDB. Lawatan diteruskan dengan sesi libat urus di Dewan Punai, yang dihadiri oleh PTB-PTB Kanan dan Rendah.
Dalam sesi tersebut, Sarjan Mejar Angkatan Bersenjata menerima taklimat daripada Sarjan Mejar Cawangan mengenai peranan, tanggungjawab, dan keupayaan setiap Cawangan dalam TUDB. Taklimat ini memberi gambaran jelas tentang peranan PTB-PTB Kanan dan Rendah dalam menyokong kesiagaan operasi dan kecemerlangan pasukan.
Beliau juga berkesempatan berinteraksi dengan anggota yang hadir dan menekankan kepentingan disiplin, kesejahteraan, dan profesionalisme. Dalam sesi ini, beliau mengingatkan bahawa PTB-PTB Kanan dan Rendah adalah tunjang utama pasukan serta menekankan kepimpinan, kejujuran, dan usaha berterusan dalam menjalankan tugas dengan baik.
Lawatan ini diakhiri dengan sesi bergambar sebagai tanda kebersamaan dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan PTB-PTB Kanan dan Rendah TUDB. Lawatan ini sekali lagi menegaskan kepentingan kepimpinan yang kukuh dan komitmen dalam mengekalkan kecemerlangan pasukan.

