RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 26 February 2025 – The Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, received a courtesy call from Colonel Anthony Wong Meng Chun, Chief of Air Force Office, Republic of Singapore Air Force (RSAF), at RBAirF Headquarters, Rimba Air Force Base.
During the meeting, both sides reaffirmed the longstanding and strong relationship between the RBAirF and RSAF, underscoring the importance of continued engagements in defence cooperation. Discussions focused on enhancing joint training initiatives and exploring opportunities for future collaboration, particularly in areas that would be mutually beneficial for both air forces.
The visit highlights the close and multifaceted relationship between Brunei Darussalam and Singapore, strengthened through various defence exchanges and engagements. This courtesy call reflects the commitment of both air forces in enhancing collaboration and interoperability, reinforcing their shared dedication towards regional security and defence cooperation.

PEMERINTAH TUDB MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KOLONEL ANTHONY WONG MENG CHUN, TURS
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 26 Februari 2025 – Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, telah menerima kunjungan hormat daripada Kolonel Anthony Wong Meng Chun,
Chief of Air Force Office, Tentera Udara Republik Singapura (TURS) di Markas TUDB, Pangkalan Tentera Udara Rimba.
Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pihak menegaskan semula hubungan erat dan kukuh antara TUDB dan TURS, sambil menekankan kepentingan bagi meneruskan penglibatan dalam bidang kerjasama pertahanan. Perbincangan tertumpu kepada memperkukuh inisiatif latihan bersama dan meneroka peluang-peluang untuk kerjasama di masa hadapan, khususnya dalam bidang yang memberi manfaat kepada kedua-dua angkatan udara.
Lawatan ini mencerminkan hubungan erat yang merangkumi pelbagai aspek antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, yang terus diperkukuhkan melalui pelbagai pertukaran dan penglibatan pertahanan. Kunjungan hormat ini juga menggambarkan komitmen kedua-dua angkatan udara dalam memperkukuhkan kerjasama dan meningkatkan interoperabiliti, serta mengukuhkan dedikasi bersama dalam keselamatan serantau dan kerjasama pertahanan.
