RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 24 April 2025 – Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), received a farewell call from Colonel Russ Corwin, the United States Defence Attaché to Brunei Darussalam, at the RBAirF Headquarters.
During the farewell call, both sides expressed appreciation for the continued defence cooperation and longstanding ties between the Royal Brunei Air Force and the United States Air Force. Colonel (U) Haji Haszahaidi extended his gratitude to Colonel Russ Corwin for his active engagement and support in strengthening bilateral relations during his tenure.
The Commander of the RBAirF also conveyed his best wishes to Colonel Russ Corwin for his future undertakings and expressed hope that the strong partnership between both air forces will continue to thrive through ongoing engagements and mutual collaboration.
This farewell call reflects the close professional ties and shared commitment of both nations in maintaining regional peace and security through defence diplomacy.


PEMERINTAH TUDB TERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARI ATASÉ PERTAHANAN AMERIKA SYARIKAT KE BRUNEI DARUSSALAM
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 24 April 2025 – Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), telah menerima kunjungan perpisahan daripada Kolonel Russ Corwin, Atasé Pertahanan Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam, yang berlangsung di Markas TUDB.
Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pihak menzahirkan penghargaan atas hubungan kerjasama pertahanan yang erat dan berterusan antara Tentera Udara Diraja Brunei dan Tentera Udara Amerika Syarikat. Kolonel (U) Haji Haszahaidi turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Kolonel Russ Corwin atas penglibatan aktif dan sokongan beliau dalam mengukuhkan hubungan dua hala sepanjang tempoh perkhidmatannya di Brunei.
Pemerintah TUDB juga menyampaikan ucapan selamat maju jaya kepada Kolonel Russ Corwin dalam tugasan beliau yang seterusnya, dan berharap agar hubungan erat antara kedua-dua angkatan udara akan terus diperkukuhkan melalui kerjasama dan penglibatan yang berterusan.
Kunjungan perpisahan ini mencerminkan hubungan profesional yang erat dan komitmen bersama kedua-dua negara dalam memelihara keamanan dan keselamatan serantau melalui diplomasi pertahanan.