Rimba Air Force Base, Monday, 18 October 2021 – Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of RBAirF attended a session with Air Force Officer Cadets from Officer Cadet School (OCS) Intake 20 virtually as a part of their three days sharing session under Special to Service programme.
The session began with Recital of Doa by Officer Cadet (U) Awangku Muhd Nur'Nazirul Mubin bin Pengiran Roslan and Welcoming Remarks by Officer Cadet (U) Dayang Nur Aminatul 'Aziemah Azreen binti Awang Haji Mohd Hasreen.
The session continued with the Commander sharing the expectations of the organisation on officers as leaders and challenges of junior officers as leaders in RBAirF. The session has provided the opportunity for Air Force Officer Cadets to engage in interactive question and answer session with the Commander of RBAirF. The session concluded with a Closing Remark and Doa from the Air Force Officer Cadets.
The programme also includes session with the Commanding Officer of No. 7 Wing, Officers from OCS Intake 1,2 and 3 as well as Officers from different Wings and Vocations. The programme aim to provide the Officer Cadets a platform to gain knowledge by sharing experience pertaining to areas such as officer-ship, leadership and careers.
PEMERINTAH TUDB MENGADAKAN SESI BERSAMA PEGAWAI KADET UDARA PENGAMBILAN KE-20
Pangkalan Tentera Udara Rimba, Isnin, 18 Oktober 2021 - Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB telah menghadiri sesi bersama Pegawai Kadet Udara dari Sekolah Pegawai Kadet Pengambilan Ke-20 secara dalam talian sebagai salah satu sesi kongsi sama yang dikendalikan selama tiga hari di bawah program
Special to Service Pegawai Kadet Udara, Sekolah Pegawai Kadet.
Sesi dimulakan dengan Bacaan Doa oleh Pegawai Kadet (U) Awangku Muhd Nur'Nazirul Mubin bin Pengiran Roslan dan Ucapan Alu-aluan dari Pegawai Kadet (U) Dayang Nur Aminatul 'Aziemah Azreen binti Awang Haji Mohd Hasreen.
Sesi diteruskan dengan Pemerintah TUDB mengongsikan mengenai hasrat organisasi terhadap pegawai sebagai pemimpin dan cabaran-cabaran yang dihadapi sebagai pemimpin-pemimpin muda di TUDB. Sesi tersebut memberi peluang kepada Pegawai Kadet Udara untuk melibatkan diri dalam sesi soal jawab yang interaktif bersama Pemerintah TUDB. Sesi diakhiri dengan Ucapan dan Doa Penutup dari Pegawai-pegawai Kadet Udara.
Selain daripada sesi bersama Pemerintah TUDB, program ini juga merangkumi sesi bersama Pegawai Pemerintah Cawangan No. 7, Pegawai-pegawai daripada Sekolah Pegawai Kadet Pengambilan Pertama, Kedua dan Ketiga serta Pegawai-pegawai pelbagai Vokasyen daripada Cawangan-cawangan. Program ini bertujuan sebagai landasan kepada Pegawai Kadet Udara untuk menimba ilmu daripada perkongsian pengalaman berkaitan dengan menjadi seorang pegawai, kepimpinan dan kerjaya.