Skip Ribbon Commands
Skip to main content
ACTING JOINT FORCE COMMANDER ROYAL BRUNEI ARMED FORCES ATTENDED THE WORLD BORDER SECURITY CONGRESS


​REPUBLIC OF TURKIYE, Saturday, 27 April 2024 - Colonel (U) Hismawadi bin Mohamad Said, Acting Joint Force Commander Royal Brunei Armed Forces attended The World Border Security Congress held from 24-26 April 2024 at Gorrion Hotel Exhibition Hall in Istanbul. The Acting Joint Force Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF) was accompanied by Lieutenant Colonel Haji Fadzli bin Haji Abdullah and Captain (U) Ahmad Farhan bin Haji Mohd Saifulizan, Staff Officers from the Joint Force Headquarters (JFHQ). The event participated by 400 delegates representing 70 countries.

 

The conference began with a keynote speech delivered by Mr. John Donlon, Chairman of the International Association of Critical Infrastructure Protection (CIP) Professionals, setting the stage for the subsequent plenary sessions. These sessions, featuring a panel comprising esteemed international speakers, facilitated dynamic discussions on border security challenges and strategies.

 

Over the course of the event, attendees engaged in workshops and exchanges aimed at sharing invaluable information and best practices for mitigating border security issues. With representation from diverse nations and continents, the congress serves as the premier global platform for policymakers, security professionals, and practitioners to convene and address international challenges in border protection. Through collaborative exchanges and discussions, the congress aims to foster innovation and cooperation in safeguarding borders worldwide.

 

The congress concluded with a collective commitment to continued collaboration and knowledge-sharing in safeguarding global borders. Looking ahead, the next World Border Security Congress is scheduled in March 2025 in Madrid, Spain. 









PEMANGKU PEMERINTAH ANGKATAN BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (AB ABDB) TELAH MENGHADIRI WORLD BORDER SECURITY CONGRESS


REPUBLIK TURKIYE, Sabtu, 27 April 2024 - Yang Mulia Kolonel (U) Hismawadi bin Mohamad Said, Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama Angkatan Brunei Diraja Brunei telah menghadiri  Persidangan World Border Security Congress 2024 yang diadakan bermula dari 24-26 April 2024 di Dewan Pameran Gorrion Hotel di Istanbul. Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama Angkatan Brunei Diraja Brunei disertai oleh Leftenan Kolonel Haji Fadzli bin Haji Abdullah, dan Kapten (U) Ahmad Farhan bin Haji Mohd Saifulizan, Pegawai-pegawai staf dari Markas Angkatan Bersama (MAB). Acara tersebut telah disertai oleh 400 orang peserta daripada 70 buah negara.


Persidangan tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh John Donlon, Pengerusi International Association of Critical Infrastructure Protection (CIP) Professionals sebelum meneruskan sesi plenary berikutnya. Sesi plenary tersebut telah menampilkan panel yang terdiri daripada pensyarah dan pakar-pakar keselamatan antarabangsa dengan perbincangan dinamik mengenai cabaran dan strategi keselamatan sempadan.


Sepanjang persidangan berlangsung, para peserta juga terlibat dalam bengkel yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dan amalan terbaik dalam menangani isu-isu keselamatan sempadan. Dengan perwakilan dari pelbagai negara dan benua, persidangan tersebut turut berfungsi sebagai platform global utama untuk penggubal dasar, profesional keselamatan dan pengamal untuk bersidang dan berbincang dalam menangani cabaran antarabangsa dalam perlindungan sempadan. Melalui pertukaran dan perbincangan kolaboratif, kongres itu bertujuan untuk memupuk inovasi dan kerjasama dalam menjaga sempadan di seluruh dunia.


Persidangn tersebut telah diakhiri dengan komitmen kolektif untuk meneruskan kerjasama dan perkongsian pengetahuan dan maklumat dalam menjaga sempadan global. Persidangan World Border Security Congress seterusnya akan dijadualkan pada Mac 2025 di Madrid, Sepanyol.


Attachments