Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

OPERATIONS GROUP CELEBRATES HARI RAYA AIDILFITRI

RIMBA AIR FORCE BASE Thursday, 02 May 2024 – A blissful Aidilfitri celebration was organised by the Operations Group (Ops Grp), Royal Brunei Air Force (RBAirF) consisting of the Ops Grp Headquarters, No. 1 Wing, No. 2 Wing and No. 3 Wing, was held at Dewan Punai, Rimba Air Force Base.

Present as the Guest of Honor was Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Deputy Commander of the RBAirF. Among other notable guests were members of the RBAirF Board of Executive, Senior Officers, Officers, Airmen and Airwomen as well as those working within the RBAirF community.

The event commenced with recitation of Surah Al-Fatihah led by Yang Mulia Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, RBAirF Religious Teacher. The event then continued with a group photo session followed by Guest of Honor's visit to the raya booths, each uniquely served with varieties of dishes and decorated according to themes such as Indian, Kampung, Modern, and Indonesian-inspired.

This event was organised to celebrate gratitude during the festive season of Syawal, and to strengthen relationships and to foster teamwork amongst members of the RBAirF community. It is hoped that the vibrant ambiance and joyful gathering will enhance a united bond in RBAirF.



SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI GABUNGAN KUMPULAN GERAKAN

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA Khamis, 02 Mei 2024 – Satu acara Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang telah dianjurkan oleh Gabungan Kumpulan Gerakan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang terdiri daripada Markas Kumpulan Gerakan, Cawangan No. 1, Cawangan No. 2 dan Cawangan No. 3, telah diadakan di Dewan Punai. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis pada acara serba meriah ini ialah Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Timbalan Pemerintah TUDB. Turut hadir Ahli-Ahli Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, para anggota dan warga TUDB.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Ugama TUDB. Acara seterusnya di sambung dengan bergambar ramai dan di ikuti dengan Tetamu Kehormat mengunjungi pondok Raya, setiap satunya disajikan secara unik dengan pelbagai jenis hidangan dan dihias mengikut tema seperti India, Kampung, Moden dan berinspirasikan Indonesia.

Acara ini diadakan untuk meraikan rasa kesyukuran sempena bulan Syawal dan bagi mengeratkan lagi hubungan serta memupuk semangat berpasukan di kalangan komuniti TUDB. Suasana perhimpunan yang bersemangat dan penuh kegembiraan ini juga di harap akan mengekalkan ikatan persahabatan di kalangan anggota TUDB.