Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

ROYAL BRUNEI AIR FORCE CELEBRATES ITS 57TH ANNIVERSARY

RIMBA AIR FORCE BASE, Saturday, 24 June 2023 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) commemorated its 57th anniversary with a Parade Ceremony led by Major (U) Haji Mohammad Azmi bin Haji Afflon/Affalan at the Sports Complex, Rimba Air Force Base (Rimba AFB). 

Present as the Guest of Honour was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of the RBAirF. In attendance were Officers, Airmen, Airwomen and civilian personnel from RBAirF.

The ceremony commenced with a General Salute and followed by an inspection of Guard of Honour by the RBAirF Commander. The highlight of the ceremony this year anniversary was the presentation of Operations Group badges to Colonel (U) Hishamuddin bin Abidin, the Commander of Operations Group and Support Group badges to Lieutenant Colonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, the Commander of Support Group. The ceremony continued with Wing Commanding Officers receiving the Wing badges.

In commemorating the anniversary, the Commander of RBAirF delivered his speech. In his speech, he highlighted the importance of individual contributions and efforts, leading to the success of the organization. He further emphasized importance of training locally and overseas in enhancing the skills and competency of personnel. The Commander of RBAirF took the opportunity in expressing his appreciation to RBAirF personnel in achieving excellence performance in their training both locally and overseas.

In conjunction with the 57th anniversary of the RBAirF, the ceremony was blessed with a recital of Doa Selamat by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, RBAirF Religious Teacher. The ceremony concluded with a cake cutting ceremony and Hi-tea at Punai Hall, Rimba AFB. 


SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI KE-57 

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Sabtu, 24 Jun 2023 – Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) Ke-57, TUDB mengadakan Upacara Perbarisan yang diketuai oleh Mejar (U) Haji Mohammad Azmi bin Haji Afflon/Affalan di Kompleks Sukan, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB.  Turut hadir ialah Pegawai-pegawai serta anggota tentera dan awam TUDB.

Upacara dimulakan dengan Pemerintah TUDB menerima Tabik Hormat Panglima dan diteruskan dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan oleh Tetamu Kehormat. Acara kemuncak bagi Sambutan Hari Ulang Tahun TUDB yang Ke-57 ini merupakan upacara penyerahan lencana-lencana yang mana lencana Kumpulan Gerakan telah disampaikan kepada Kolonel (U) Hishamuddin bin Abidin, Pemerintah Kumpulan Gerakan dan lencana Kumpulan Bantu disampaikan kepada Leftenan Kolonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, Pemerintah Kumpulan Bantu. Upacara penyampaian lencana diteruskan dengan penyampaian lencana-lencana cawangan kepada Pegawai-pegawai Pemerintah Cawangan.

Bagi meraikan Sambutan Hari Ulang Tahun TUDB, Pemerintah TUDB telah menyampaikan ucapan Khas. Semasa ucapan tersebut, beliau menyatakan kepentingan sumbangan dan usaha setiap anggota TUDB yang telah memberikan pencapaian kepada organisasi. Pemerintah TUDB menyatakan kepentingan latihan dalam dan luar negara dalam mempertingkatkan kemahiran dan kompetensi individu dalam menjalankan tugas dan peranan mengikut kelayakan masing-masing. Semasa upacara tersebut, Pemerintah TUDB turut berkesempatan menzahirkan penghargaan beliau kepada setiap anggota TUDB yang telah mencapai kecemerlangan di dalam latihan di dalam dan luar negara yang telah mempertingkatkan nama baik organisasi.

Sempena Hari Ulang Tahun TUDB yang Ke-57 ini, Doa selamat telah dibacakan oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Ugama TUDB bagi memberkati upacara tersebut. Sambutan telah diakhiri dengan sesi pemotongan kek dan jamuan petang yang diadakan di Dewan Punai, PTU Rimba.​