Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBAirF WELCOMES NEW BRITISH LOAN SERVICE OFFICER


RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 11 January 2023 – Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), welcomed Captain Paul Medford, the incoming Blackhawk S-70i helicopter instructor today. In attendance were the RBAirF Head of Aviation Standard and Evaluation, Inspectorate Unit, RBAirF, and Captain Gareth Cone, the outgoing Blackhawk S-70i helicopter instructor.

During the session, the RBAirF Commander presented Captain Paul Medford with RBAirF Flying Wings which signifies welcoming the new incoming Blackhawk S-70i helicopter instructor to RBAirF. Captain Paul was from RAF Odiham, United Kingdom, before joining the RBAirF. With experiences from completing numerous tours on both Chinooks and Merlin Helicopters, Captain Paul will be the instructor for the Blackhawk helicopters of 11 Squadron, No. 1 Wing, RBAirF. The Commander takes the opportunity to express his appreciation to Captain Gareth for his contributions to RBAirF.

RBAirF would like to welcome Captain Paul to the RBAirF community and wishes him all the best for this new milestone in his career.



TUDB MENGALU-ALUKAN PEGAWAI ANGGOTA PERKHIDMATAN PINJAMAN BRITISH BAHARU

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 11 Januari 2023 – Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) mengalu-alukan kedatangan Kapten Paul Medford, Jurulatih Helikopter Blackhawk S70i yang baharu pada hari ini. Turut hadir ialah Ketua Penilaian dan Piawaian Penerbangan, Unit Inspektorat, TUDB dan Kapten Gareth Cone, Jurulatih helikopter Blackhawk S70i yang akan menamatkan perkhidmatannya.

Pada sesi ini, Pemerintah TUDB menyampaikan Lencana Juruterbang TUDB kepada Kapten Paul sebagai tanda alu-aluan bagi menyertai TUDB. Kapten Paul berasal dari RAF Odiham, United Kingdom sebelum berkhidmat di TUDB. Dengan pengalaman beliau dalam melengkapkan perkhidmatan sebagai juruterbang helikopter Chinooks dan Merlin, Kapten Paul akan menjadi jurulatih helikopter Blackhawk di Skuadron 11, Cawangan No. 1, TUDB. Pemerintah TUDB turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Kapten Gareth atas khidmat beliau sepanjang berkhidmat di TUDB.

TUDB ingin mengalu-alukan Kapten Paul ke kominiti TUDB dan mendoakan yang terbaik untuk beliau dalam kerjayanya sebagai jurulatih helikopter TUDB.