RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 28 August 2017 - Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a sending-off ceremony for the airmen of No.2 Wing that will depart for The Republic of Singapore for its annual bilateral exercise called Exercise Airguard (Ex Airguard) from 28 August until 11 September 2017 at Air Movement Centre, Royal Brunei Air Force.
Ex Airguard inaugurated in 1994, is a two-week long exercise between No.2 Wing RBAirF and 18 Defence Artillery Battalion, RSAF that focuses on Combined Air Defence Deployment and this year a total of 34 personnel from No.2 Wing and a personnel from the Medical Reception Service participated in the 23rd exercise between the two counterparts at Chong Pang Camp, Republic of Singapore Air Force (RSAF).
The sending off ceremony commenced with the recitation of Surah Al Fatihah headed by the Religious Department Royal Brunei Armed Forces followed by the handing over ceremony of the national flag by Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Commander RBAirF to the head of exercise contingent Major (U) Amierul Halpi bin Talip, Officer Commanding of 238 Squadron, No. 2 Wing RBAirF.
RBAirF and RSAF are blessed with a long-standing relationship and Ex Airguard has been a platform to enable airmen of both air forces the opportunity to strengthen the close working relationship through sharing of experiences, knowledge and training in the field of Ground Based Air Defence.
Also present at the ceremony were senior officers, officers and family members of the RBAirF airmen.
MAJLIS PEMERGIAN TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI KE REPUBLIK SINGAPURA BAGI EKSESAIS AIRGUARD YANG KE 23.
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 28 Ogos 2017 – Majlis Pemergian dan Doa Selamat telahpun diadakan bagi anggota-anggota No. 2 Wing, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang berangkat hari ini ke Republik Singapura bagi menyertai eksesais dua-hala iaitu eksesais Airguard mulai 28 Ogos 2017 hingga 11 September 2017 di Pusat Pergerakan Udara, TUDB.
Eksesais Airguard yang dirasmikan semenjak tahun 1994, adalah latihan dua minggu diantara No.2 Wing, TUDB bersama 18 Divisional Air Defence Artillery Battalion, Tentera Udara Republic Singapura (TURS) yang menumpukan kepada Latihan Bersama Pertahanan Udara. Pada tahun ini, seramai 34 orang anggota dari No. 2 Wing dan anggota dari Pusat Perkhidmatan Perubatan menyertai eksesais yang ke-23 diantara dua negeri ini di Perkhemahan Chong Pang, TURS.
Majlis Pemergian dan Doa Selamat dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah yang diketuai oleh Jabatan Agama Angkatan Tentera, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan diteruskan dengan penyerahan bendera negara oleh Pemerintah TUDB, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah kepada Mejar (U) Amierul Halpi bin Talip, Pegawai Memerintah Skuadron 238, No. 2 Wing TUDB selaku ketua kontinjen bagi eksesais tersebut.
TUDB dan TURS telah menjalinkan hubungan yang baik dan eksesais Airguard telahpun menjadi satu landasan untuk membolehkan anggota daripada kedua Tentera Udara dalam mengukuhkan persahabatan dan mengeratkan lagi hubungan kerja melalui perkongsian pengalaman, pengetahuan dan latihan dalam bidang Pertahanan Udara.
Juga menghadiri majlis tersebut adalah Pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai TUDB dan juga ahli-ahli keluarga kontinjen eksesais.