Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

BELANTARA HIJAU EXERCISE


TEMBURONG, Friday, 29 July 2022 – 236 Squadron of No. 2 Wing initiated Eksesais Belantara Hijau for six days from 24 to 29 July 2022. The training also involved personnel from the Base Defence Instructor of No. 7 Wing, Royal Brunei Air Force (RBAirF). A total of 134 personnel participated in this training for six days. Present to witness the conduct of the exercise was Major (U) Muhammad Adib bin M.Abidin, Officer in Command 236 Squadron No. 2 Wing RBAirF.

The objective of this training is to provide assurance and increase the efficiency and skills of the 236 Squadron personnel in executing the SOP of an Aircraft Crash Security and Live Firing in a jungle setting. This training also provides an opportunity for the 236 Squadron personnel to review the procedures in tactics, as well as techniques and procedures in jungle training such as warfare deceptions, combat patrols and jungle warfare tactics. In addition, the purpose of this training is also to expose the 236 Squadron personnel in the planning, management and implementation of jungle shooting ranges such as “fun” and “snap” shooting ranges.


EKSESAIS BELANTARA HIJAU

TEMBURONG, Juma’at, 29 Julai 2022 – Skuadron 236 dari Cawangan No.2, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengendalikan Eksesais Belantara Hijau selama enam hari bermula 24 hingga 29 Julai 2022. Latihan ini turut melibatkan anggota-anggota Base Defence Instructor dari Cawangan No. 7, TUDB seramai 134 anggota turut menyertai latihan ini selama enam hari.Hadir bagi menyaksikan latihan ialah Mejar (U) Muhammad Adib bin M.Abidin, Pegawai Memerintah Skuadron 236 Cawangan No. 2, TUDB.

Objektif latihan ini adalah untuk memberi keyakinan dan meningkatkan kecekapan serta kemahiran anggota Skuadron 236 dalam melaksanakan SOP Aircraft Crash Security dan menembak peluru hidup di dalam hutan. Latihan ini turut memberi peluang kepada anggota Skuadron 236 untuk mengulangkaji pelajaran taktik, Teknik serta prosedur latihan hutan seperti tipu helah perang, rondaan tempur dan taktik peperangan hutan. Selain itu, tujuan eksesais ini dijalankan adalah untuk mendedahkan anggota Skuadron 236 kepada perancangan, perlaksanaan dan pengurusan padang tembak hutan seperti padang tembak “Fun” dan “Snap”.