The system of Brunei Birthday Honours
is a means of rewarding Major General Dato Paduka Seri Haji Aminuddin
Ihsan for his personal bravery, his achievements in the RBAF, and
services to the country.
The esteemed Decoration Orders were
also conferred to the Chief of Defence Forces Malaysian Armed Forces
(MAF), General Tan Sri Dato' Sri Azizan bin Ariffin and the
Commander-in-Chief of the Indonesian National Armed Forces, General
Djoko Santoso who are in the Sultanate as special guests for His Majesty
Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam birthday celebration.
________________________________________
KDYMM Kurnia D.P.K.T Kepada Mejar Jeneral Aminuddin Ihsan
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 15 Julai 2010
- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam telah berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran Negara Brunei
Darussalam “Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang
Darjah Pertama (DPKT) yang membawa gelaran “Dato Paduka Seri” kepada
Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Haji
Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka
Haji Abidin. Upacara pengurniaan Bintang kebesaran telah berlangsung di
Balai Singgahsana Indera Kencana, Istana Nurul Iman pada pagi ini
sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke 64
tahun.
Sistem penghormatan Hari Keputeraan ini bermaksud untuk
menghargai Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan yang
telah sangat berjasa kerana keberaniannya, pencapaiannya didalam ABDB
dan kebaktiannya kepada negara.
Bintang Kebesaran tersebut juga
dikurniakan keapda Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan
Sri Dato' Sri Azizan bin Ariffin dan Panglima Tentera Nasional
Indonesia Jeneral Djoko Santoso yang berada di negara ini diatas
jemputan khas sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
RBAF Commander Major General Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan
ATM Chief of Defence Forces General Tan Sri Dato’ Sri
Dato Paduka Seri Azizan
TNI Commander-in-Chief General Dato Paduka Seri Djoko Santoso Story by Siti Zahira Bte Hj Awg Abu Bakar
Photos by MASRI, Courtesy of Information Dept, PMO