Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News_Test

Outgoing RBAF Commander In Audience

frontIstana Nurul Iman, Thursday, 31 December 2009 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Minister of Defence and Supreme Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) has consented to receive in audience the outgoing Commander of RBAF, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja 93 Major General Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof at the Istana Nurul Iman.


Accompanying the outgoing Commander of RBAF is the new Commander of RBAF, Yang Mulia 306 Major General Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Major General Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof is the 7th Commander of RBAF who first joined the armed forces, then known as Royal Brunei Malay Regiment (RBMR), on 11 August 1975. Throughout his tenure as the Commander of RBAF, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Major General Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof has demonstrated exceptional meritorious conduct and outstanding service. Also in this position of great responsibility, the outgoing Commander RBAF has demonstrated his outstanding accomplishments and contribution to the RBAF as well as relations with fellow national colleagues and foreign defence counterparts.

While Yang Mulia 306 Major General Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, the new Commander of RBAF, first joined the armed forces as Lieutenant on 19 September 1988. On 29 Dec 2009, with the consent of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Major General Haji Aminuddin Ihsan was promoted to the rank of Major General and on 31 Dec 2009, he was appointed as the 8th Commander of the Royal Brunei Armed Forces.



MAJLIS MENGADAP BAGI PEMERINTAH ABDB YANG AKAN BERSARA

Istana Nurul Iman, Khamis 31 Disember 2009 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berkenan menerima mengadap Pemerintah ABDB yang akan menamatkan perkhidmatan, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja 93 Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof di Istana Nurul Iman.

Turut mengiringi beliau ialah Pemerintah ABDB yang baru Yang Mulia 306 Mejar Jeneral Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof merupakan Pemerintah ABDB yang ke-7. Sepanjang perkhidmatan beliau selaku Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof telah menampilkan prestasi yang luar biasa dan perkhidmatan yang cemerlang. Dalam jawatan yang sangat bertanggungjawab ini juga, beliau telah menunjukkan pencapaian dan sumbangan unggul kepada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, termasuk jua dalam hubungan dengan rakan-rakan berseragam dalam mahupun dengan rakan-rakan di bidang pertahanan dari luar negara.

Sementara Yang Mulia 306 Mejar Jeneral Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Pemerintah ABDB yang baru, mula berkhidmat dalam ABDB sebagai Leftenan pada 19 September 1988. Pada 29 Dis 2009, dengan Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Mejar Jeneral Haji Aminuddin Ihsan telah dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral dan pada 31 Dis 2009, Mejar Jeneral Haji Aminuddin Ihsan dilantik sebagai Pemerintah ABDB yang ke-8.


311209a

311209b

311209c

311209d

 

Prepared by Normasitirena Hj Suhaini
Photos courtesy of Information Department
Attachments