Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
MINDEF AND RBAF PRESENT PESAMBAH IN CONJUNCTION WITH HIS MAJESTY’S GOLDEN JUBILEE CELEBRATION

ISTANA NURUL IMAN, Thursday 12 October 2017 – The Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) today presented a special Pesambah in conjunction with the Golden Jubilee celebration of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s Accession to the Throne. It was presented at the Istana Nurul Iman.

The Pesambah, a gold plated Royal Umbrella, represents the Ministry of Defence and RBAF’s highest token of appreciation and gratitude for His Majesty’s 50 years of leadership and piloting the country towards achieving peace, prosperity, harmony and development.

The Royal Umbrella symbolises His Majesty as a protector of the people as well as a shield for the citizens to seek shelter. The five crystal pillars enforced with five solid foundations and connected with five golden rings, symbolises His Majesty’s 50-years rule in a wise, just and fair manner as well as firmly upholding the five pillars of Rukun Islam.

The panoramic picture of the Ministry of Defence and RBAF under the Royal Umbrella reflects the ministry and armed forces’ unwavering and undivided loyalty to His Majesty in preserving the peace sovereignty and security of the nation.

Heading the delegation from the ministry and RBAF was Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, Permanent Secretary of the Ministry of Defence. He was accompanied by the Deputy Permanent Secretary (Finance and Administration), senior officers and officers from the ministry and RBAF.

Present to receive the Pesambah on behalf of the Private and Confidential Secretary of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam was Dato Paduka Awang Haji Hamidon bin Haji Ibrahim, the Deputy Private and Confidential Secretary of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.



PESAMBAH KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

ISTANA NURUL IMAN, Khamis 12 Oktober 2017 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) pada hari ini telah menghadapkan Pesambah Khas bersempena dengan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta di Istana Nurul Iman.

Pesambah yang berupa Payung Diraja bersalut emas itu merupakan tanda penghargaan yang tertinggi daripada Kementerian Pertahanan dan ABDB atas kepimpinan Kebawah  Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di sepanjang tempoh 50 tahun yang mana Negara Brunei Darussalam telah mencapai keamanan, kemakmuran, keharmonian dan pembangunan.

Payung Diraja itu melambangkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan sebagai tempat seluruh rakyat jelata berlindung. Lima gegelang emas  yang bersambung  pada lima tiang kristal diperkukuhkan dengan lima sudut asas itu pula melambangkan kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan selama 50 tahun memerintah dengan penuh adil dan saksama serta sentiasa berpegang teguh kepada Rukun Islam.

Manakala gambar panoramik Kementerian Pertahanan dan ABDB mencerminkan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi daripada seluruh warga kementerian dan ABDB kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan untuk menjaga pertahanan dan keselamatan negara.

Mengetuai rombongan dari kementerian dan ABDB tersebut ialah Kepten (B) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan.

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Kewangan dan Pentadbiran), Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai dari kementerian dan ABDB.

Hadir untuk menerima Pesambah tersebut bagi pihak Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Dato Paduka Awang Haji Hamidon bin Haji Ibrahim, Timbalan Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Attachments