Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
RBAF WOMEN MILITARY NETBALL CHAMPIONSHIP 2017/2018

RIMBA AIR BASE, Friday, 9 February 2018 - The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Women Military hosted the 2017/2018 Annual Royal Brunei Armed Forces Netball Championship on Friday, 8 February 2018 for two days.

The Championship was officiated by Major Mardiana binti Haji Tuah, Staff Officer Grade 2 Protocol, Directorate of Personnel, Ministry of Defence.

Five teams from RBAF units that participated in the Championship were Royal Brunei Land Force, Royal Brunei Navy, Royal Brunei Airforce, RBAF Training Institute and Ministry of Defence

As the Guest of Honour for the closing ceremony of the Championship, Lieutenant Colonel Nooridah binti Haji Ibrahim, Staff Officer 1 Personnel, Directorate of Personnel, Ministry of Defence presented the awards to the winners. Also present were the senior officers, officers and members of the RBAF Women Military.

The Ministry of Defence won the Championship whereas the Royal Brunei Airforce and the RBAF Training Institute won second and third place respectively. Meanwhile, the fourth place goes to Royal Brunei Land Force and the fifth place was taken by Royal Brunei Navy.

The netball championship is aimed at fostering sportsmanship and strengthening teamwork among all RBAF units participating in this sport. It also encourages officers and other ranks to actively engage in RBAF sports.

 



KEJOHANAN BOLA JARING ASKAR WANITA PERINGKAT ABDB 2017/2018

PANGKALAN RIMBA, Jumaat, 9 Februari 2018 - Askar Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Kejohanan Bola Jaring Peringkat ABDB bagi tahun 2017/2018, selama dua hari, bermula pada 8 Februari 2018.

Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Mejar Mardiana binti Haji Tuah, Timbalan Pegawai Turus Protokol, Jabatanarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan sebagai Tetamu Kehormat.

Kejohanan tersebut melibatkan Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Insitut Latihan ABDB dan Kementerian Pertahanan

Manakala, pada penutup kejohanan tersebut Leftenan Kolonel Nooridah binti Haji Ibrahim, Pegawai Turus Keanggotaan, Jabatanarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan, hadir selaku Tetamu Kehormat bagi penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang. Turut hadir ialah pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota–anggota Askar Wanita ABDB.

Kementerian Pertahanan telah muncul sebagai Johan manakala tempat kedua ialah dari Pasukan Tentera Udara Diraja Brunei dan tempat ketiga di sandang oleh Insitut Latihan ABDB. Tentera Darat Diraja Brunei dan Tentera Laut Diraja Brunei telah mendapat tempat ke-empat dan ke-lima.

Kejohanan bola jaring bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan lagi persefahaman dan semangat silaturrahim antara semua unit-unit ABDB yang mengambil bahagian sukan ini. Ia juga menggalakkan penyertaan di kalangan pegawai-pegawai serta lain-lain peringkat agar aktif menceburi diri dalam sukan ABDB.

Attachments