Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM RECEIVES IN AUDIENCE THE CHIEF OF DEFENCE FORCE OF MALAYSIA

ISTANA NURUL IMAN, Tuesday 4 December 2018 - His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam; Minister of Defence; and Supreme Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) today received in audience Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin, Chief of Defence Force of Malaysia at the Istana Nurul Iman.

Accompanying Yang Berbahagia Chief of Defence Force of Malaysia at the Audience Ceremony were Major General Dato Tengku Fauzi bin Tengku Ibrahim, Defence Operation and Training, Malaysian Armed Forces; and Mrs. Rafedah binti Aziz, Acting High Commissioner of Malaysia to Brunei Darussalam.

Also present were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence; and Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli and his delegation arrived in the country on 3rd December 2018 for a three-day introductory visit.

Brunei Darussalam and Malaysia enjoy close and longstanding defence relations which has grown tremendously with cooperation in the form of visits, defence and military meetings, exercises, trainings, professional exchanges, and cross-attendance of courses. Recently the RBAF and the Malaysian Armed Forces concluded two bilateral exercises, Exercise MALBRU Setia of series 14/2018 and Exercise Mertak Bersatu of series 11/2018 in the month of October. These interactions have enhanced the interoperability and reinforced the people-to-people ties between the personnel of both the Royal Brunei Armed Forces and the Malaysian Armed Forces.




KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN MENERIMA MENGADAP PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

ISTANA NURUL IMAN, Selasa, 4 Disember 2018 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam; Menteri Pertahanan; dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) hari ini berkenan menerima mengadap Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, di Istana Nurul Iman.

Menyertai Yang Berbahagia Panglima Angkatan Tentera Malaysia di Majlis Mengadap tersebut ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Tengku Fauzi bin Tengku Ibrahim, Operasi dan Latihan Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia; dan Puan Rafedah binti Aziz, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan II; dan Yang Mulia Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan delegasi tiba di Negara Brunei Darussalam pada 3 Disember 2018 bagi lawatan pengenalan selama tiga hari.

Negara Brunei Darussalam dan Malaysia mempunyai hubungan pertahanan rapat dan sudah lama terjalin yang berkembang pesat dengan kerjasama di dalam pelbagai bentuk pertukaran lawatan, mesyuarat pertahanan dan ketenteraan, eksesais, latihan, pertukaran profesional, dan kehadiran kursus. Tambahan pula, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Angkatan Tentera Malaysia baru-baru ini telah menamatkan dua eksesais yang berbentuk dua hala iaitu Eksesais MALBRU Setia siri 14/2018 dan Eksesais Mertak Bersatu siri 11/2018 pada bulan Oktober 2018. Interaksi tersebut telah meningkatkan interoperabiliti dan juga memperkuat hubungan persahabatan kedua-dua angkatan tentera.

Attachments