Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
MINISTRY OF DEFENCE AND RBAF ORGANISE KULIAH SUBUH FOR THE MONTH OF FEBRUARY

BOLKIAH GARRISON, Friday, 1 February 2019 – The Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held another of its monthly special dawn lectures or “Kuliah Subuh” today. For the month of February, the kuliah subuh was delivered by Captain Narulismandy bin Haji Samaih, Religious Affairs Officer at the RBAF Religious Department. The kuliah subuh was held at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison.

Present at the event as guest of honour was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence.

The ceremony began with the mass Subuh prayer, followed by the religious talk titled “Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah: Pertahankanlah”, in which the speaker outlined the importance of appreciating and understanding the Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah as a Muslim, while living a quality life guided by the teachings of the Al-Quran and As Sunah. 

The event was also attended by Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of RBAF, Permanent Secretaries of the Ministry of Defence, Deputy Permanent Secretaries, senior officers and officers and personnel from the Ministry of Defence and RBAF. The event was also attended by special guests from the Ministry of Education of whom were Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education), Deputy Permanent Secretary and officers and staff from the Ministry of Education.

The kuliah subuh is also one of the Ministry of Defence's efforts towards strengthening cooperation in the field of religious affairs among the Ministry of Defence with other organisations and departments.

Meanwhile, there are other kuliah subuhs held throughout the suraus in all of the RBAF Garrisons and camps which were delivered by speakers from the RBAF Religious Department.





KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB MENGANJURKAN SESI KULIAH SUBUH BULAN FEBRUARI

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 1 Februari 2019 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan lagi sesi kuliah subuh bulanan pada hari ini. Bagi bulan Februari, kuliah subuh telah disampaikan oleh Kapten Narulismandy bin Haji Samaih, Pegawai Tadbir Agama Jabatan Agama ABDB. Kuliah tersebut diadakan di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison. 

Hadir selaku tetamu kehormat  ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua.

Majlis dimulakan dengan sembahyang fardhu subuh berjemaah, diikuti dengan kuliah subuh dengan ceramah bertajuk “Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah: Pertahankanlah”, di mana penceramah mengariskan tentang kepentingan penghayatan dan kefahaman Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah dalam kehidupan selaku seorang muslim dan sekaligus menjaga kehidupan yang lebih berkualiti berlandaskan Al-Quran dan As Sunnah.

Turut hadir ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB, Setiausaha-setiausaha Tetap Pertahanan, Timbalan Setiausaha-setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan, serta pegawai-pegawai dan anggota-anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB. Majlis ini juga turut dihadiri oleh jemputan khas dari Kementerian Pendidikan antaranya Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Timbalan Setiausaha Tetap, serta pegawai dan kakitangan dari Kementerian Pendidikan.

Kuliah Subuh merupakan salah satu usaha Kementerian Pertahanan ke arah mengukuhkan kerjasama dalam bidang keagamaan di kalangan warga Kementerian Pertahanan bersama organisasi-organisasi dan jabatan-jabatan lain.

Sesi kuliah subuh juga disampaikan oleh penceramah-penceramah yang terdiri dari Pegawai serta anggota tentera dan awam Jabatan Agama ABDB serentak di seluruh surau Garison dan Perkhemahan ABDB.

Attachments