Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
SECOND MINISTER OF DEFENCE ATTENDS 18th IISS SHANGRI-LA DIALOGUE

REPUBLIC OF SINGAPORE, Sunday, 2 June 2019 – The Honourable Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence attended the 18th IISS Shangri-La Dialogue held at the Shangri-La Hotel, Republic of Singapore from 31 May 2019 to 2 June 2019.

This year’s conference discussed various regional security issues such as the U.S. vision for Indo-Pacific, security in the Korean Peninsula, Asia’s evolving security order and its challenges, and China’s role in international security cooperation.

On Friday, the Second Minister of Defence attended the Shangri-La Dialogue Opening Dinner which began with a keynote address from Singapore Prime Minister Lee Hsien Loong. During his speech, Prime Minister Lee highlighted the importance of China-US relations in particular in maintaining the benefits of globalization and in effectively addressing a wide range of global issues.

At the sidelines of the Dialogue, the Second Minister of Defence held separate bilateral calls with His Excellency Teo Chee Hean, Senior Minister and Coordinating Minister for National Security, Republic of Singapore, and His Excellency Dr Ng Eng Hen, Minister for Defence of Republic of Singapore. Both sides expressed pleasure on the warm and close bilateral ties enjoyed by both countries, and reaffirmed their commitments to further strengthen existing defence and military cooperation.

The Honourable Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi also attended a reception and dinner at the Istana hosted by Her Excellency Halimah Yacob, President of the Republic of Singapore.

The Southeast Asian - United States Defence Ministers’ Meeting was also held prior to the start of the Dialogue. During the meeting, the US Acting Secretary of Defence, His Excellency Patrick M. Shanahan underlined the US vision for the Indo-Pacific and meeting participants had an open exchange of views on regional security issues.

Also invited to and attending the 18th IISS Shangri-La Dialogue were Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces, Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Permanent Secretary, Ministry of Defence, Brigadier General (U) Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Joint Force Commander, Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, Director of Defence Policy, and Muhd Shahrul Nizzam bin Umar, Director of the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies.


The Honourable Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi, Second Minister of Defence, calling on His Excellency Mr. Teo Chee Hean, Senior Minister and Coordinating Minister for National Security, Republic of Singapore.


The Honourable (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi, Second Minister of Defence at the 18th IISS Shangri-La Dialogue.


The Honourable Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi , Second Minister of Defence with UK Secretary of State for Defence, Rt Hon Penny Mordaunt MP and Japanese Minister of Defense, The Honourable Takeshi Iwaya.


Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan, RBAF Commander calling on Lieutenant-General Melvyn Ong, Chief of Defence Force, Singapore Armed Forces


Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan, RBAF Commander attending the 18th IISS Shangri-La Dialogue

MENTERI PERTAHANAN KEDUA MENGHADIRI DIALOG SHANGRI-LA IISS KE-18

REPUBLIK SINGAPURA, Ahad, 2 Jun 2019 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua menghadiri Dialog Shangri-La IISS ke-18 yang diadakan di Hotel Shangri-La, Republik Singapura mulai dari 31 Mei 2019 hingga 2 Jun 2019.

Persidangan tahun ini membincangkan pelbagai isu keselamatan serantau seperti visi Amerika Syarikat untuk rantau Indo-Pasifik, keadaan di Semenanjung Korea, perkembangan keselamatan di rantau Asia Tenggara yang berkembang dan cabarannya, dan peranan China dalam kerjasama antarabangsa.

Pada hari Jumaat, Menteri Pertahanan Kedua telah menghadiri Majlis Makan Malam Pembukaan Dialog Shangri-La yang bermula dengan ucaptama dari Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. Antara mesej lain, Perdana Menteri Lee menekankan kepentingan hubungan Republik Rakyat China dan Amerika Syarikat khususnya dalam mengekalkan manfaat globalisasi dan juga dalam menangani dengan lebih berkesan pelbagai isu-isu global.

Di samping Dialog Shangri-La berkenaan, Menteri Pertahanan Kedua mengadakan beberapa Mesyuarat Dua-Hala berasingan dengan Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean, Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara Republik Singapura dan Tuan Yang Terutama Dr. Ng Eng Hen, Menteri Pertahanan Republik Singapura. Kedua-dua pihak menyatakan rasa puas hati bahawa kedua-dua negara mempunyai hubungan persahabatan yang baik dan rapat dan mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama pertahanan dan tentera yang sedia ada.

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi turut menghadiri resepsi dan makan malam di Istana yang dihoskan oleh Presiden Republik Singapura, Puan Yang Terutama Halimah Yacob.

Di samping itu, Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan negara-negara Asia Tenggara dan Amerika Syarikat telah diadakan sebelum Dialog Shangri-La IISS. Semasa mesyuarat itu, Pemangku Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama Patrick M. Shanahan menggariskan visi Amerika Syarikat untuk rantau Indo-Pasifik. Mesyuarat seterusnya bertukar pandangan secara terbuka mengenai isu-isu keselamatan serantau.

Mengiringi Menteri Pertahanan Kedua ke Dialog Shangri-La IISS ke-18 ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral (U) Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, Pengarah Dasar Pertahanan, dan Muhd Shahrul Nizzam bin Umar, Pengarah Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Attachments