Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
HIS ROYAL HIGHNESS THE CROWN PRINCE WITNESSES JUNGLE WARFARE DEMONSTRATION 2019

TUTONG, Monday 1 July 2019 - His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office, today visited and observed the Field Demonstration Regional Jungle Warfare Symposium (RJWS) 2019 at the Golden Jubilee Dam, Ulu Tutong. 

Accompanying His Royal Highness the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office was His Royal Highness 920 Captain (U) Prince ‘Abdul Mateen. 

Upon arrival at the Golden Jubilee Dam, Ulu Tutong, His Royal Highness was welcomed by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, the Second Minister of Defence; and Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

His Royal Highness then received a briefing delivered by Major Rudie Asmawi bin Haji Abidin, the Chief Instructor of Training Institute, RBAF (TI RBAF) and later consented to mount onto the Rigid Inflatable Boat (RIB) to take a closer look at the Field Jungle Warfare Demonstration.

Upon disembarkment, His Royal Highness received junjung ziarah from the 37 delegates taking part in the Regional Jungle Warfare Symposium (RJWS) along with the British High Commissioner and the Defence Advisor/Attachés for the countries involved. His Royal Highness proceeded to receive a Pesambah from the event’s co-chairs, TI RBAF and British Forces Brunei (BFB). His Royal Highness then attended a Royal Reception.

Prior to departure, His Royal Highness signed the Royal Parchment and proceeded to have a group photo-taking session.

The Jungle Warfare Demonstration is the highlight of the Regional Jungle Warfare Symposium 2019 organised by TI RBAF and BFB, the third since its inception in 2017. Apart from the syndicate discussions and presentations during the Symposium and Expo, the Jungle Warfare Demonstration aims to improve regional and wider collaboration in Jungle Warfare Capacity Building, Information Sharing and Research and Development at the Operational and Tactical levels, which is in line with this year’s theme “What are the ends, ways and means for delivering Joint and Inter Agency effects within the Jungle Environment”. 

The Jungle Warfare Demonstration is part of the collaborative effort between the Royal Brunei Land Force, Royal Brunei Air Force as well as the Second Battalion of the Royal Gurkha Rifles (2RGR).






DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA BERKENAN BERANGKAT MENYAKSIKAN PERTUNJUKAN JUNGLE WARFARE DEMONSTRATION 2019

TUTONG, Isnin 1 Julai 2019 - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berkenan berangkat untuk menyaksikan Field Demonstration, Regional Jungle Warfare Symposium 2019 di Empangan Jubli Emas, Ulu Tutong. 

Mengiringi keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Kapten (Udara) Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di Empangan Jubli Emas dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; dan Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Duli Yang Teramat Mulia kemudiannya berkenan mendengarkan sembah taklimat yang disampaikan oleh Mejar Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Ketua Jurulatih, Institut Latihan ABDB (IL ABDB). Selesai mendengarkan taklimat, Duli Yang Teramat Mulia dijunjung naik ke atas Rigid Inflatable Boat (RIB) untuk melihat dengan lebih dekat lagi Field Jungle Warfare Demonstration.

Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan menerima junjung ziarah daripada 37 delegasi yang menyertai Regional Jungle Warfare Symposium 2019 (RJWS) bersama dengan Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom dan Penasihat/Atase Pertahanan negara-negara yang terlibat. Duli Yang Teramat Mulia kemudian dijunjung untuk menerima Pesambah daripada pihak Pengerusi Bersama, IL ABDB dan British Force Brunei (BFB). Duli Yang Teramat Mulia kemudian berkenan menghadiri Majlis Santap Pagi.

Sebelum berangkat balik, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menandatangani lembaran keberangkatan dan diteruskan dengan sesi bergambar ramai.

Regional Jungle Warfare Symposium 2019 merupakan anjuran IL ABDB dan BFB di mana ia merupakan acara ketiga sejak pertama kalinya diadakan pada tahun 2017. Selain daripada perkongsian maklumat melalui sesi perbincangan dan taklimat semasa simposium dan pameran tersebut, pertunjukan Jungle Warfare Demonstration berkenaan bertujuan untuk meningkatkan kerjasama serantau dan yang lebih luas dalam Pembangunan Kapasiti Peperangan Hutan, Perkongsian Maklumat dan Penyelidikan serta Pembangunan di peringkat Operasi dan Taktikal, selaras dengan tema simposium pada tahun ini iaitu “What are the ends, ways and means for delivering Joint and Inter Agency effects within the Jungle Environment”.

Pertunjukan tersebut adalah usaha kerjasama antara Tentera Darat Diraja Brunei; Tentera Udara Diraja Brunei; dan Batalion Kedua Royal Gurkha Rifles (2RGR).


Attachments