Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
RBAF COMMANDER RECEIVES INTRODUCTORY CALL FROM DEFENCE ATTACHÉ OF NETHERLANDS

BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 2 July 2019 – Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received an introductory call from Captain (Navy) Cornelis Pieter Kuiper, Defence Attaché of Netherlands to the Republic of Indonesia accredited to Brunei Darussalam today. Also in attendance was the Chief of Staff RBAF.

During the call, RBAF Commander welcomed Captain (Navy) Cornelis Pieter Kuiper to Brunei Darussalam and congratulated him for his recent appointment as the Defence Attaché accredited to Brunei Darussalam on May 2019.

Both sides showed interests to enhance the bilateral defence relationship between both armed forces. RBAF Commander welcomed Captain (Navy) Cornelis Pieter Kuiper to work closely with RBAF in the future.


PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA ATASE PERTAHANAN NETHERLANDS

BOLKIAH GARISON, Selasa, 2 Julai 2019 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan pengenalan daripada Captain (Navy) Cornelis Pieter Kuiper, Atase Pertahanan Netherlands ke Republik Indonesia yang diakreditasikan ke Negara Brunei Darussalam pada hari ini. Turut hadir semasa kunjungan hormat tersebut adalah Ketua Staf ABDB.

Semasa kunjungan hormat, Pemerintah ABDB mengalu-alukan kedatangan Captain (Navy) Cornelis Pieter Kuiper ke Negara Brunei Darussalam dan mengucapkan tahniah di atas perlantikan beliau sebagai Atase Pertahanan yang diakreditasikan ke Negara Brunei Darussalam pada bulan Mei 2019.

Kedua belah pihak berminat untuk mengukuhkan hubungan pertahanan dua hala di antara kedua buah angkatan tentera. Pemerintah ABDB mengalu-alukan Captain (Navy) Cornelis Pieter Kuiper untuk bekerja dengan rapat bersama ABDB pada masa akan datang.

Attachments