Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
OFFICIAL VISIT BY COMMANDER OF US INDO-PACIFIC COMMAND

BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 10 September 2019 – The Ministry of Defence received an official visit by the Commander of United States Indo-Pacific Command (US INDOPACOM), Admiral Philip S. Davidson from 9 September to 10 September 2019.

Upon arrival at the Ministry of Defence at Bolkiah Garrison this morning, Admiral Philip was accorded with a Guard of Honour comprising of personnel from the Second Battalion, Royal Brunei Land Force (RBLF). He then proceeded to pay separate courtesy calls to Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence and Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

During the courtesy calls, both sides affirmed the longstanding and close defence relationship between Brunei Darussalam and the United States of America which continues to grow and strengthen over the years through extensive bilateral engagements. The relations between the two countries is further bolstered by regular defence interactions, where the RBAF actively engages in joint exercises, training programs, and other military cooperation with the United States.

Both sides also cooperate at the multilateral level through the Southeast Asia Cooperation and Training (SEACAT), as well as through the ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus (ADMM-Plus) framework. Both sides noted the successful conduct of the ASEAN – United States Maritime Exercise which was held recently from 2 to 6 September 2019.

Admiral Philip’s visit also included an audience with His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.

This is Admiral Philip’s first visit to Brunei Darussalam since his appointment on 30 May 2018.




  LAWATAN RASMI DARIPADA PANGLIMA INDO-PASIFIK AMERIKA SYARIKAT

BOLKIAH GARISON, Selasa, 10 September 2019 – Kementerian Pertahanan telah menerima lawatan rasmi daripada Panglima United States Indo-Pacific Command (US INDOPACOM), Laksamana Philip S. Davidson bermula pada 9 September hingga 10 September 2019.

Setibanya di Kementerian Pertahanan, beliau telah diberikan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota-anggota Batalion Kedua, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Beliau seterusnya mengadakan kunjungan hormat yang berasingan kepada Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua dan Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Semasa kunjungan hormat tersebut, kedua-dua pihak telah menekankan hubungan pertahanan yang rapat di antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat yang terus berkembang melalui perjumpaan dua hala yang luas. Hubungan di antara kedua-dua negara juga terus diperkuat melalui interaksi pertahanan yang berterusan iaitu dengan penglibatan ABDB secara aktif dalam latihan bersama, program-program latihan, dan kerjasama ketenteraan dengan Amerika Syarikat.

Kedua belah pihak juga bekerjasama dalam peringkat berbagai hala melalui Southeast Asia Cooperation and Training (SEACAT) dan juga melalui bidang kerja ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus (ADMM-Plus). Kedua belah pihak juga mengambil maklum dengan pelaksanaan ASEAN – United States Maritime Exercise yang telah berlangsung baru-baru ini dari 2 hingga 6 September 2019.

Lawatan Laksamana Philip juga termasuk Majlis Mengadap Kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Ini merupakan lawatan pertama Laksamana Philip ke Negara Brunei Darussalam semenjak pelantikannya sebagai Panglima United States Indo-Pacific Command (USINDOPACOM) pada 30 Mei 2018.

Attachments