Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
HIS ROYAL HIGHNESS HIS ROYAL HIGHNESS THE CROWN PRINCE RECEIVES IN AUDIENCE MINISTER FOR DEFENCE, REPUBLIC OF SINGAPORE

QASHR AL-MEEZAN, Wednesday, 6 November 2019 - His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office today received in audience His Excellency Dr. Ng Eng Hen, Minister for Defence of the Republic of Singapore.  

Accompanying His Excellency Dr. Ng Eng Hen at the Audience Ceremony were His Excellency Lim Hong Huai, High Commissioner of the Republic of Singapore to Brunei Darussalam; and Mr. Teo Eng Dih, Deputy Secretary (Policy), Ministry of Defence, Republic of Singapore.

Also present were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence; and Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

His Excellency Dr. Ng Eng Hen and his delegation are in the country for a three-day visit from 5 to 7 November 2019, in which His Excellency witnessed the 40th anniversary of Exercise PELICAN between both countries’ navies.

The Exercise PELICAN milestone is reflective of the longstanding close relationship enjoyed between the two countries.



DYTM PADUKA SERI DULI PENGIRAN MUDA MAHKOTA BERKENAN MENERIMA MENGADAP MENTERI PERTAHANAN, REPUBLIK SINGAPURA

QASHR AL-MEEZAN, Rabu, 6 November 2019 - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima mengadap Tuan yang Terutama Dr. Ng Eng Hen, Menteri Pertahanan Republik Singapura pada hari ini.

Menyertai Tuan Yang Terutama Dr. Ng Eng Hen semasa Majlis Mengadap tersebut ialah Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam; dan Tuan Teo Eng Dih, Timbalan Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertahanan.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; dan Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Tuan Yang Terutama Dr. Ng Eng Hen dan rombongan berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan selama tiga (3) hari bermula dari 5 hingga 7 November 2019, dimana Tuan Yang Terutama telah menyaksikan Eksesais PELICAN di antara Tentera Laut bagi kedua-dua buah negara yang pada tahun ini telah mencapai 40 tahun semenjak ianya mula diadakan.

Pencapaian Eksesais PELICAN tersebut mencerminkan keakraban hubungan dua hala yang dinikmati oleh kedua-dua negara secara berterusan.

Attachments