Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
DIKIR MAULUD CONCLUDES FOR MINISTRY OF DEFENCE AND RBAF

BOLKIAH GARRISON, Friday, 8 November 2019 - A ceremony to mark the conclusion of the 12 consecutive nights of Dikir Maulud in commemoration of Maulidur Rasul SAW 1441H / 2019M was held across all the mosques and suraus of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) camps.

The Ministry of Defence held the Dikir Sharafil Anam closing ceremony at the Surau Ad-Difa’ in the Bolkiah Garrison tonight.

Joining the congregation as the Guest of Honour was the Commander of RBAF, Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud. Also present were the Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah; RBAF Joint Force Commander, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim; Deputy Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Haji Amiruddin bin Haji Mohd Hassan, senior officers, officers and staff of the Ministry of Defence and RBAF. 

The ceremony included a recitation of verses from the Al-Quran, Surah al-Anbiya verses 105-112, led by the Imam of Surau Ad-Difa’, Imam Shuib bin Abdullah, followed by the Fardhu Maghrib prayer.

A tazkirah, was given by the Assistant Head of the RBAF Religious Department, Major Abdul Mujib bin Japar, followed by Dikir Assalamualaika and Dikir Khairuman. The ceremony continued after Fardhu Isyak prayers with Dikir Bisyahrin, Alhamdulillah and Dikir Marhaban. The ceremony ended with a recitation of Doa Dikir and Doa Peliharakan Sultan.



MAJLIS PENUTUP DIKIR MAULUD DI KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 8 November 2019 – Majlis Penutup Dikir Maulud 12 malam berturut-turut bersempena sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam bagi tahun 1441H / 2019M telah diadakan secara serentak di masjid dan surau seluruh perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Kementerian Pertahanan mengadakan majlis penutup Dikir Sharafil Anam di Surau Ad-Difa', Bolkiah Garison pada malam ini.

Menyertai para jemaah sebagai Tetamu Kehormat ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud. Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah; Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim; Timbalan Setiausaha Tetap, Haji Amiruddin bin Haji Mohd Hassan, pegawai-pegawai kanan, serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Aturcara majlis termasuk bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, Surah al-Anbiya ayat 105-112, diketuai oleh Imam Surau Ad-Difa’, Imam Shuib bin Abdullah, diikuti dengan sembahyang berjemaah Fardhu Maghrib. Seterusnya, tazkirah telah disampaikan oleh Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT), Mejar Abdul Mujid bin Japar, diikuti oleh Dikir Assalamualaika dan Dikir Khairuman.

Majlis diteruskan selepas sembahyang berjemaah Fardhu Isyak dengan Dikir Bisyahrin, Alhamdulillah dan Dikir Marhaban. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Dikir dan Doa Peliharakan Sultan.

Attachments