Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
RBAF COMMANDER RECEIVES AN INTRODUCTORY CALL FROM DEFENCE ADVISER OF INDIA TO MALAYSIA ACCREDITED TO BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 7 January 2020 – Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received an introductory call from Colonel Sanjeev Vijaykumar Sarma, Defence Adviser of India to Malaysia accredited to Brunei Darussalam. 

Also in attendance at the call was the Chief of Staff RBAF.

During the call, the Commander of RBAF expressed pleasure in meeting Colonel Sanjeev Vijaykumar Sarma and officially congratulated him on his new appointment. Both sides expressed their commitment to enhance the bilateral military-to-military cooperation. Both parties also hoped to interact regularly in various platforms through professional exchanges and military trainings in further strengthening the mutual understanding and friendship among personnel.

Colonel Sanjeev Vijaykumar Sarma was appointed as the Defence Adviser of India to Malaysia accredited to Brunei Darussalam from October 2019, replacing the former Defence Attaché, Colonel Anirudh Chauhan.


PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA PENASIHAT PERTAHANAN INDIA 

BOLKIAH GARISON, Selasa, 7 Januari 2020 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan pengenalan daripada Colonel Sanjeev Vijaykumar Sarma, Penasihat Pertahanan India ke Malaysia yang diakreditasikan ke Negara Brunei Darussalam pada hari ini. Turut hadir semasa kunjungan hormat adalah Ketua Staf ABDB.

Semasa kunjungan hormat, Pemerintah ABDB telah menyatakan rasa gembira atas perjumpaannya bersama Colonel Sanjeev Vijaykumar Sarma dan mengucapkan tahniah di atas pelantikan baru beliau. Kedua belah pihak juga menyatakan komitmen masing-masing dalam memperkukuh kerjasama dua hala di antara kedua buah angkatan tentera. Kedua belah pihak juga berhasrat untuk berinteraksi melalui pelbagai landasan dari aspek pertukaran profesionalisme dan latihan-latihan ketenteraan untuk lebih mengeratkan lagi persefahaman dan hubungan rapat antara anggota angkatan tentera.

Colonel Sanjeev Vijaykumar Sarma telah dilantik sebagai Penasihat Pertahanan India ke Malaysia yang diakreditasikan ke Negara Brunei Darussalam bermula pada bulan Oktober 2019 bagi menggantikan Penasihat Pertahanan sebelumnya, Colonel Anirudh Chauhan. 

Attachments