Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
RBAF COMMANDER RECEIVES COURTESY CALL FROM THE CHIEF OF ARMY, SINGAPORE ARMED FORCES

BOLKIAH GARRISON, Thursday, 6 February 2020 – Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a courtesy call from Major General Goh Si Hou, Chief of Army, Singapore Armed Forces. Also in attendance was the Chief of Staff RBAF and Director of Intelligence.

During the call, Commander RBAF expressed his appreciation of the cooperation extended by the Singapore Armed Forces throughout the years, which included regular interactions through military exercises and courses. Both sides agreed that the ongoing bilateral Exercise MAJU BERSAMA 24/2020 is a credible platform towards nurturing trust, confidence building and interoperability between both countries and enhancing security through the exchange of expertise and bilateral dialogue. Commander RBAF also welcomed any opportunity for enhancing cooperation and strengthening relations between Royal Brunei Land Force and the Singapore Army.

Major General Goh Si Hou is currently in Brunei Darussalam for the closing ceremony of the Exercise MAJU BERSAMA 24/2020 which is a bilateral exercise participated by military personnel from the First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) and Third Battalion Singapore Infantry Regiment (3 SIR), Singapore Army. The closing ceremony is held on 6 January 2020.


PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PANGLIMA TENTERA DARAT,  ANGKATAN TENTERA REPUBLIK SINGAPURA

BOLKIAH GARISON, Khamis, 6 Februari 2020 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan hormat daripada Mejar Jeneral Goh Si Hou, Panglima Tentera Darat, Angkatan Tentera Republik Singapura hari ini. Turut hadir adalah Ketua Staf ABDB dan Pengarah Perisikan.

Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah ABDB meluahkan rasa penghargaan atas kerjasama yang diberikan oleh Angkatan Tentera Republik Singapura, termasuk interaksi yang kerap melalui latihan ketenteraan dan kursus. Kedua-dua belah pihak mengakui bahawa Eksesais MAJU BERSAMA 24/2020 yang sedang berlangsung berperanan sebagai landasan yang kredibel dalam memupuk kepercayaan, membina keyakinan dan kebolehoperasian di antara kedua buah negara dan meningkatkan tahap keselamatan melalui pertukaran kepakaran dan dialog dua hala. 

Pemerintah ABDB kemudiannya mengalu-alukan apa jua peluang kerjasama yang menguatkan hubungan di antara Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Tentera Darat Republik Singapura.   

Mejar Jeneral Goh Si Hou berada di Negara Brunei Darussalam bagi menghadiri Majlis Penutup Eksesais MAJU BERSAMA 24/2020, eksesais dua hala yang melibatkan anggota tentera daripada Batalion Pertama TDDB dan 3rd Battalion Singapore Infantry Regiment (3 SIR SAF) Tentera Darat Republik Singapura. Majlis tersebut diadakan pada 6 Februari 2020.

Attachments