Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
RBAF PASSING OUT PARADE FOR THE 165th INTAKE MALE RECRUITS

PENANJONG GARRISON, Friday, 7 February 2020 – The RBAF Passing Out Parade with a total of 269 male recruits of the 165th Intake was held this morning at the Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) in Penanjong Garrison. The male recruits underwent basic military training for 31 weeks.

Present as the guest of honour was Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos, Permanent Secretary (Media and Cabinet) at the Prime Minister’s Office.

During the ceremony, the guest of honour inspected the parade and also presented awards to instructors and recruits who performed exceptionally well throughout the training.

The award recipients for males are: 15445 Sergeant (U) Hamdy bin Tujoh awarded as Best Platoon Sergeant; 19317 Corporal (U) Abdul Qawi bin Duraim for Best Male Instructor; 53424 Recruit (L) Muhammad Khairul Safwan bin Abdul Karim for Best Overall Recruit; 53490 Recruit (U) Awangku Arsyad Muazzam bin Pengiran Ahmad for Best in Small Arms; 53387 Recruit Muhd Afifi bin Ramli for Best in Physical Training; and 53446 Recruit (L) Md Nur Arif bin Haji Zabidi for Best Military Skills.

Also present were Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of Royal Brunei Armed Forces; Service Commanders, Directors, Commandants, senior officers, officers, personnel of the RBAF as well as the families and friends of the recruits.






UPACARA PERBARISAN TAMAT LATIHAN REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE-165

PENANJONG GARISON, Juma’at, 7 Februari 2020 – Seramai 269 anggota Rekrut Lelaki Pengambilan ke-165 telah menamatkan latihan asas ketenteraan dengan Upacara Perbarisan Tamat Latihan yang telah diadakan di Padang Kawad Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Penanjong Garison setelah menjalani latihan selama 31 minggu.

Pegawai Menerima Tabik Hormat bagi Upacara Perbarisan Tamat Latihan itu ialah Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos, Setiausaha Tetap (Media dan Kabinet), Jabatan Perdana Menteri. 

Semasa upacara tersebut, Pegawai Menerima Tabik Hormat telah memeriksa perbarisan, dan menyampaikan anugerah-anugerah kepada jurulatih-jurulatih dan rekrut-rekrut yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang disepanjang latihan dijalankan.

Penerima-penerima anugerah bagi Pengambilan Rekrut Lelaki ke-165 adalah 15445 Sarjan (U) Hamdy bin Tujoh dinobatkan sebagai Platun Sarjan Lelaki Terbaik; 19317 Koperal (U) Abdul Qawi bin Duraim telah menerima anugerah Jurulatih Lelaki Terbaik; 53424 Rekrut (L) Muhd Khairul Safwan bin Abdul Karim sebagai Rekrut Lelaki Terbaik Keseluruhan; 53490 Rekrut (U) Awangku Arsyad Muazzam bin Pengiran Ahmad bagi Rekrut Terbaik Senjata Ringan; manakala 53387 Rekrut Muhd Afifi bin Ramli memperolehi Latihan Jasmani Terbaik; dan 53446 Rekrut (L) Md Nur Arif bin Haji Zabidi bagi Kemahiran Tentera Terbaik.

Turut hadir ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB; Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-pengarah, Komandan-komandan, pegawai-pegawai, anggota-anggota ABDB dan ibubapa serta keluarga.


Attachments