Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
APPOINTMENT CEREMONY FOR THE 19th INTAKE OF OFFICER CADET SCHOOL, DEFENCE ACADEMY RBAF

TANAH JAMBU, Friday, 13 March 2020 - By the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, 80 probationary officer cadets were appointed to be officer cadets. The appointment ceremony was held at the Ceremonial Hall of the Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF), Kampong Tanah Jambu. 

Present to award the new insignias was Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

The newly appointed officer cadets consists of 45 officer cadets who will join the Royal Brunei Land Force including 2 recipients of the RBAF Scholarship, 15 officer cadets will join the Royal Brunei Navy and 20 officer cadets will join the Royal Brunei Air Force.

This year, a total of 81 cadets which includes an additional cadet from the previous intake will undergo 52 weeks of intense training in OCS of which will prepare them for their first appointment as newly commissioned officers in the RBAF. Upon successful completion of their training, the officer cadets will graduate in the Sovereign's Parade in January 2021. For the past six weeks, the officer cadets went through basic militarisation before they embark on the next 46 weeks of rigorous and intense training.

In attendance at the appointment ceremony were the Services Commanders, Military Directors, Commandants, senior officers, officers and staff of the DA RBAF.

To bless the ceremony, a Doa Selamat was recited by Lt JG Hj Mohd Syahmi Fakrullah bin Haji Mohd Is’srah RBN, Platoon Commander of OCS DA RBAF. The event concluded with a group photo session with the guest of honour.




MAJLIS PERLANTIKAN PEGAWAI KADET PENGAMBILAN KE-19

TANAH JAMBU, Jumaat, 13 Mac 2020 – Dengan Titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 80 orang pegawai kadet percubaan secara rasminya telah dilantik menjadi Pegawai Kadet. Majlis berlangsung di Dewan Istiadat Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Kampung Tanah Jambu.

Majlis Perlantikan bagi Pegawai Kadet Percubaan Pengambilan ke-19 telah disempurnakan oleh Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB.

Pegawai-pegawai kadet yang telah dilantik itu terdiri daripada 45 orang pegawai kadet Tentera Darat Diraja Brunei termasuk dua penerima Biasiswa ABDB, 15 orang pegawai kadet Tentera Laut Diraja Brunei dan 20 orang pegawai kadet Tentera Udara Diraja Brunei.

Pada tahun ini, seramai 81 pegawai-pegawai kadet termasuk seorang dari pengambilan ke-18 akan menjalani latihan selama 52 minggu di Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan ABDB yang akan menyediakan untuk menjalankan tugas sebagai seorang pegawai di dalam ABDB. Pegawai-pegawai kadet ini akan menamatkan latihan pada bulan Januari 2021. Semasa latihan selama enam minggu, pegawai kadet akan menjalani latihan asas ketenteraan sebelum menjalani latihan yang lebih mencabar dan intensif semasa 46 minggu seterusnya. 

Majlis Perlantikan dihadiri oleh Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-pengarah, Komandan-komandan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota Akademi Pertahanan ABDB.

Bagi memberkati majlis, doa selamat dibacakan oleh Lt Dya Hj Mohd Syahmi Fakrullah bin Haji Mohd Is’srah, Ketua Platun Sekolah Pegawai Kadet AP ABDB. Acara tersebut disimpulkan dengan sesi bergambar ramai dengan tetamu kehormat. 


Attachments